BERAPA banyak kekuatan yang perlu dikumpul untuk bangkit dari kepayahan hidup, lalu menjadikannya sumbangan berharga kepada masyarakat.Kita semua juga biasa mendengar kisah kejayaan pemimpin terkenal mengembangkan empayar perniagaan mereka, di sebalik kejayaan itu pelbagai cabaran yang terpaksa diharungi.ARTIKEL BERKAITAN: Princess Ezurin, 5 Tunku sahut cabaran berkampung di Hulu Langat... tinggalkan kehidupan mewah, tetap tukar baju 6 kali sehari! Pada usia 30 tahun, Madiha Fuad boleh dikatakan sudah memiliki semua yang diimpikan termasuk lima buat syarikat yang berjaya berkaitan makanan dan minuman, fesyen, hiasan dalaman, perisian serta analisa pelaburan. Madiha atau lebih mesra dengan sapaan Maddy itu, juga ditawarkan biasiswa untuk menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Pentadbiran Perniagaan (MBA) di Universiti Taylor dan kini sedang melanjutkan pengajian di peringkat Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang keusahawanan. Pada usia 30 tahun, Madiha sudah menempa pelbagai kejayaan. Tetapi, menguruskan pelbagai perniagaan serta perlu memberi fokus kepada PhD, Maddy mengakui ia sedikit sebanyak telah memberi kesan kepada kesihatannya kerana kekurangan waktu rehat. Akibatnya, saraf di bahunya terganggu sehingga dia tidak boleh menggerakkan tangan kanan dan keadaan itu telah membuatkan dia mengalami kemurungan serta hampir berputus asa meskipun telah mengecap pelbagai kejayaan dalam hidup. “Cuba bayangkan, dari seorang yang sentiasa bekerja keras, saya tidak boleh lakukan apa-apa," katanya kepada mStar. "Kebanyakan masanya saya hanya mendiamkan diri tanpa bercerita masalah yang saya hadapi kepada keluarga atau rakan-rakan kerana tidak mahu mereka risau terhadap diri saya. Maddy kini sibuk menguruskan lima perniagaannya. Pun begitu, dalam keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan, Maddy memberitahu fikirannya tidak pernah berhenti berfikir bagaimana untuk mengatasi masalahnya. Malah kemurungan yang dihadapinya telah memberi idea untuk membantu orang lain yang mungkin senasib dengannya. Maddy memberitahu berdasarkan pengalamannya sendiri dia menghasilkan aplikasi telefon pintar iaitu PlusVibes bagi memberi peluang kepada orang ramai untuk meluahkan masalah tanpa dikenali serta berkomunikasi atas talian dengan wakil persatuan berdaftar. Uniknya aplikasi ini, ia menghubungkan komuniti dalam satu platform yang membolehkan sesiapa sahaja berbual tanpa dikenali serta kerahsiaan identiti terjamin. "Saya tahu ramai di luar sana yang mengalami masalah seperti saya dan berasa malu atau tidak berkeyakinan untuk tampil mendapatkan bantuan. Saya mahu buktikan kepada diri sendiri bahawa saya juga mampu melakukan perkara dilakukan orang lain dan saya enggan membiarkan label atau stigma itu mendefinasikan siapa saya. MADIHA FUAD "Sebab itu saya wujudkan aplikasi ini untuk membantu orang ramai kerana masalah kemurungan yang teruk boleh membuatkan seseorang melakukan tindakan di luar kawalan."Aplikasi ini adalah tempat masalah golongan ini didengari dan mendapatkan bantuan serta sokongan moral dan motivasi," jelasnya.Tidak terhenti di situ, PlusVibes juga turut mengandungi pelbagai artikel, video dan aktiviti sebagai rujukan pengguna dalam memberikan mereka motivasi dalam satu platform yang sama."Kebiasaannya cara saya mendapat semangat adalah dengan melayari internet untuk mendapatkan motivasi sama ada dalam bentuk artikel atau video bagi merungkai masalah yang saya hadapi, dan inilah ingin saya kongsikan kepada pengguna," ujarnya. “Masalah mental perlu diberi perhatian terutamanya dalam cabaran masyarakat dunia mendepani pendemik Covid-19 dimana ramai yang kehilangan kerja dan punca mata pencarian sekaligus mengakibatkan hidup mereka dalam tekanan. Madiha tampil dengan aplikasi PlusVibes selepas mengalami masalah kemurungan. “PlusVibes ditubuhkan untuk membantu anda dengan harapan dunia akan menjadi tempat yang lebih aman apabila kasih sayang dan sikap prihatin manusia dapat dipertingkatkan,” katanya. Kejayaan yang dimiliki hari ini adalah berkat pengorbanan dan usaha dalam memastikan dia berjaya dalam hidup serta membuatkan keluarganya bangga. Di sebalik itu, wanita berusia 30 tahun ini sebenarnya membesar sebagai kanak-kanak 'slow learner' namun tidak pernah menjadikan perkara itu sebagai alasan untuknya mengecap kejayaan. Maddy berkata yang dia menjadikan kekurangan dirinya sebagai kelebihan bagi memastikan dia tidak ketinggalan dalam pelajaran serta kerjaya. 19 tahun hidup di luar negara telah mengajar Madiha pelbagai perkara. "Sejujurnya zaman kanak-kanak saya tidak mudah kerana kebanyakan orang di sekeliling saya memandang skeptikal individu 'slow learner' seperti saya. "Tetapi ia tidak pernah menjadi penghalang kepada saya untuk berjaya... Kekurangan diri itulah membuatkan saya berusaha 200 peratus berbanding orang lain. "Saya mahu buktikan kepada diri sendiri bahawa saya juga mampu melakukan perkara dilakukan orang lain dan saya enggan membiarkan label atau stigma itu mendefinasikan siapa saya," katanya. Maddy memberitahu peluang tinggal di luar negara selama 19 tahun telah membuatkannya mampu menguasai pelbagai bahasa termasuklah Bahasa Inggeris, Jepun, Perancis dan Arab. Maddy kini sedang melanjutkan pengajian di peringkat doktor falsafah. Malah ketika pulang ke Malaysia, Maddy turut menyambung pengajian di peringkat Sarjana Muda di Universiti Teknologi MARA (UiTM) dalam bidang kewartawan. "Alhamdulillah ketika di UiTM rakan-rakan banyak membantu saya menguasai bahasa Malaysia malah saya berjaya menerima anugerah pelajar terbaik serta bertugas sebagai wartawan bisnes di sebuah akhbar berbahasa Inggeris. "Tugas di situ telah memberi peluang kepada saya membina rangkaian sosial dalam pelbagai cabang perniagaan yang menjadi penyebab timbulnya minat saya untuk menjadi seorang usahawan. "Dari situ saya mula berjinak-jinak dalam perniagaan, sehingga mencapai tahap dimana saya sekarang ini," ceritanya. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!