MEMBESAR dalam keadaan serba kekurangan dalam komuniti Flat Bandaraya Sri Perak, Sentul, Kuala Lumpur tidak pernah membuatkan wanita ini berasa rendah diri dan menyerah nasib kepada keadaannya. Sebaliknya, Juzailah Shariff menganggap kemiskinan dan cabaran sejak kecil adalah pendorong kepadanya untuk mengejar kejayaan termasuk membahagiakan ibu tersayang, Sharifah Rauzah Syed Tamrin, 69, yang telah banyak berkorban.Juzailah, 41, memberitahu, sejak kecil dia menjadi saksi kepada kepayahan ibunya membesarkan mereka empat beradik meskipun dalam keadaan serba kekurangan.ARTIKEL BERKAITAN: Terperangkap di Tanzania akibat pandemik dan pergolakan politik, Cikgu Anita tetap bersemangat teruskan impian kembara 70 negara, dah berjaya hasilkan 4 buku! "Apabila ibu bapa saya berpisah, ibu terpaksa berdiri di atas kakinya sendiri dan pelbagai kerja dilakukan termasuk berniaga untuk memastikan keperluan kami adik-beradik terjaga. "Malah saya masih ingat, adakalanya kami terpaksa ditinggalkan di rumah saudara atau kenalan kerana ibu sibuk mencari rezeki namun itulah pengorbanan yang terpaksa dilakukan. Kesusahan telah membuka kejayaan kepada Juzailah. "Belum pernah sekali sepanjang tempoh itu saya melihat atau mendengar ibu menangis dan merungut dengan nasib kami sekeluarga ketika itu yang membuatkan saya kagum dengan ketabahannya," katanya kepada mStar. Daripada pemilik kafe ke usahawan berjaya! Juzailah yang juga pengasas syarikat Seri Empire Lady Sdn. Bhd. itu berkata, melihat pengorbanan ibunya itu membuatkan dia berazam mengubah nasib keluarganya selain ingin membalas semua jasa ibu kesayangannya itu. Sejak dari awal lagi kata Juzailah, dia sudah terdedah dengan dunia perniagaan selain mengutip ilmu daripada ibunya sendiri yang sebelum ini pernah mempunyai perniagaan makanan. "Sebelum ini saya pernah buat macam-macam kerja termasuk menjual produk kecantikan dan kesihatan sehinggalah ada sedikit modal saya bersama suami membuka sebuah kafe di Kuala Lumpur. "Alhamdulillah sambutan pelanggan terhadap kafe kami sangat baik dan kehidupan kami sekeluarga semakin baik. Adakalanya kami terpaksa ditinggalkan di rumah saudara atau kenalan kerana ibu sibuk mencari rezeki namun itulah pengorbanan yang terpaksa dilakukan. JUZAILAH SHARIFF PENGASAS SERI EMPIRE LADY SDN BHD "Bagaimanapun, jiwa saya yang sudah terbiasa melihat ibu yang buat macam-macam bisnes dulu membuatkan saya tidak boleh duduk diam dan ingin lakukan sesuatu lebih besar," ujarnya.Tidak mahu hanya memasang angan-angan, dengan restu ibu dan suami, kata Juzailah, dia membulatkan hati untuk menghasilkan produknya sendiri pada 2017. Bekerjasama dengan adiknya, Nazirah yang mempunyai pengalaman bekerja di London, Juzailah memberitahu dia lebih yakin dengan keputusan itu sehinggalah lahirnya produk diberi nama Seri Lady. "Ketika menghasilkan produk itu, saya ingin tampil dengan jenama yang mempunyai pelbagai manfaat seperti kecantikan luaran dan dalaman buat wanita. "Hasilkan produk bukan mudah malah saya ambil masa setahun untuk membangunkannya selain mendapatkan 500 testimoni pelanggan dalam kalangan rakan-rakan dan keluarga sebelum menjualnya di pasaran," jelasnya. Suami dan anak-anak pendorong kejayaan Juzailah. Usaha dan penat lelahnya membuahkan hasil apabila produk tersebut mendapat sambutan luar biasa daripada pelanggan di Singapura dan Brunei sehingga mencatat jualan RM3 juta. "Kami sanggup memandu sampai ke Johor untuk hantar produk yang dipesan dan saya langsung tidak menyangka ia mendapat sambutan luar biasa di Singapura dan Brunei. "Rasa syukur dan seronok itu tidak dapat saya gambarkan kerana usaha dan penat lelah kami selama ini berhasil dan sudah tentunya kejayaan ini berkat doa ibu saya," katanya. Seri Lady yang dikenali sebagai jamu moden itu memiliki khasiat daripada bahan semula jadi antaranya manjakani, garcinia cambogia, mangga Afrika, kopi hijau, teh hijau, kolagen ikan dan daun serapat dapat membantu meningkatkan kualiti kesihatan wanita secara semula jadi. Malah kini, jenama itu turut membangunkan produk Seri Men untuk golongan lelaki dalam menambah tenaga dan meningkatkan kesihatan dalaman kaum itu. Juzailah berbangga dengan produk keluarannya. Banglo buat ibu tersayang Kejayaan perniagaannya itu kata Juzailah turut membolehkan dia membeli sebuah banglo buat ibu tersayang sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kepada wanita itu yang selama ini banyak berkorban buat mereka sekeluarga. Bagi Juzailah, hadiah itu sama sekali tidak sama jika dibandingkan dengan semua pengorbanan yang dilakukan wanita itu namun menyifatkan banglo berkenaan sebagai tempat mereka sekeluarga berkumpul. "Sepanjang hidup, kami sekeluarga tinggal dalam sebuah flat yang serba kekurangan, ibu tak pernah merasa duduk dalam rumah yang besar dan selesa. "Alhamdulillah banglo ini cukup selesa untuk ibu selain kami adik-beradik bertandang dan menerima kunjungan tetamu... paling penting saya mahu dia menghabiskan usia tuanya dalam keadaan bahagia dan selesa," katanya. Perjalanan perniagaan saya ini juga dipermudahkan kerana berkat doanya dan rezeki ini juga adalah miliknya. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!