suria

Bekas pelajar MRSM Ulul Albab kini jurutera Tesla... Kisah hidupnya pasti jadi inspirasi wanita Malaysia!

Fakhirah Khairuddin di hadapan pejabat Tesla di California.

BUKAN mudah untuk bekerja di bumi asing apatah lagi sebagai seorang wanita Muslimah yang banyak cabaran serta diskriminasi namun wanita ini mampu membuktikan sebaliknya.

Mana tidaknya, kejayaan dirangkul anak kelahiran Malaysia, Fakhirah Kharuddin menjadi bualan apabila dia diterima bekerja sebagai seorang jurutera di syarikat automatif terkenal dunia, Tesla.

ARTIKEL BERKAITAN: Pakai mask pun kacak! Perenang Olimpik Malaysia, Welson Sim jadi perhatian netizen China, ketahui 5 fakta menarik mengenai dirinya

Baharu berusia 25 tahun, Fakhirah menggalas tanggungjawab sebagai Pengajar Jurutera Teknik Latihan Robotik di syarikat gergasi itu yang antara lain mengajar tentang robotik FANUC dan KUKA kepada jurutera dan juruteknik di Tesla.

Ibu Bapa Fakhirah

Fakhirah bersama ibu bapanya ketika majlis konvokesyen di California pada 2019.

Fakhirah adalah bekas pelajar Maktab Rendah Sains MARA Kota Putra, Besut, Terengganu yang turut menawarkan program Ulul Albab iaitu merupakan pendidikan integrasi antara program pendidikan sedia ada, sistem pendidikan MRSM dan aliran agama termasuk tahfiz al-Quran.

Perjalanan anak kelahiran Alor Setar, Kedah ini juga bukan semudah disangka namun Fakhirah berjaya membuktikan kesungguhan membolehkan apa sahaja diimpikan menjadi kenyataan.

Menerusi perkongsian seorang jurutera, Richard Ker di Facebook, Fakhirah pernah melanjutkan pengajiannya dalam bidang kejuruteraan aeroangkasa di Universiti California, San Diego atas tajaan Majlis Amanah Rakyat (MARA).

Selepas menamatkan pengajian pada 2019, Richard memberitahu wanita itu kemudiannya menyambung pengajian ke peringkat sarjana dalam bidang kejuruteraan mekanikal di universiti sama.

Bersama Pelajar Malaysia

Fakhirah (kanan, bawah) bersama rakan-rakan seperjuangan dari Malaysia di Amerika.

Kali ini, pengajian itu ditaja sepenuhnya oleh Universiti California.

Akademik yang cemerlang bukan satu-satunya tiket Fakhirah berjaya mendapat pekerjaan sebagai jurutera di Tesla sebaliknya pengalaman dalam bidang kejuruteraan dan teknikal menjadikan dia calon paling layak.

Antara pengalaman Fakhirah ketika di Amerika Syarikat termasuklah;

1. Pernah bekerja sebagai jurutera pembangunan populasi di Universiti California di mana Fakhirah bertugas menulis kod matlab untuk mengkaji keadaan haba enjin roket.

2. Fakhirah juga pernah memenangi tempat pertama di Northrop Grumman System Engineering Challenge pada 2019 dan perlu bersaing dengan 50 pasukan yang lain.

Menerusi pertandingan itu, Fakhirah tampil dengan projek lengan robotik.

3. Selain itu, dia juga merekacipta quadcopter, casing sensor dan gear pendaratan di Solidworks dan mempersembahkan konsep terbaharu itu melalui ujian cetakan 3D dan memperbaiki reka bentuk itu melalui lelaran.

65592039_2343703909077665_2768902554589855744_n

Kisah kejayaannya menjadi inspirasi rakyat Malaysia.

Sementara itu, ramai berasa kagum dengan pencapaian anak muda itu dan menyifatkan kejayaan Fakhirah sebagai luar biasa dan tidak ramai dapat melakukan seperti mana dilakukannya.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Pun begitu, perkongsian mengenai kejayaannya membuatkan ramai terinspirasi terutamanya dalam bidang kejuruteraan automatif.

Malah ramai menyifatkan Fakhirah sebagai contoh untuk ramai wanita di Malaysia lebih berjaya pada masa hadapan.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain