SEORANG kanak-kanak berusia enam tahun mencipta rekod dunia sebagai pengumpul pelembap bibir terbanyak. Kanak-kanak perempuan yang dikenali sebagai Scarlett Ashley Cheng itu mengumpul beribu botol lip balm bersama kakaknya, Kaylyn Cheng, 8 tahun.ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki ini digelar ‘The Real Tony Stark’ selepas cipta tangan prostetik menggunakan Lego "Saya suka mengumpul lip balm kerana bentuk dan rasanya," kata Scarlett yang berasal dari Hong Kong. Dalam koleksinya, Scarlett mempunyai ribuan pelembap bibir itu dalam pelbagai warna, tekstur dan bentuk yang unik. Malah koleksinya itu tidak hanya dibeli dari kedai di Hong Kong malah seluruh dunia! Scarlett mula jatuh cinta dengan lip balm selepas mendapat hadiah daripada neneknya. Scarlett mula tertarik dengan lip balm apabila diberikan oleh neneknya selepas melihat bibirnya sangat kering. "Sejak kecil saya ada masalah bibir yang kering. Ibu bapa dan nenek selalu oleskan pelembap bibir agar ia tidak kering. "Hadiah pelembap bibir daripada nenek juga membuatkan saya mula obses dengan lip balm," katanya. Pada awalnya, Scarlett memberitahu dia tidak menyedari akan obsesinya terhadap lip balm namun koleksinya mula bertambah dan memenuhi ruang biliknya. Selain mengumpul pelembap bibir, dua beradik ini juga sering bereksperimen dengan menghasilkan lip balm sendiri menggunakan bahan-bahan organik. Melihat koleksi lip balm itu, ibu bapa Scarlett mengambil keputusan untuk mendaftarkan nama anaknya ke Guiness World Records dan usaha itu berbaloi apabila Scarlett muncul sebagai pemegang rekod koleksi pelembap bibir terbanyak di dunia. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI