SEMPENA sambutan Hari Wanita Sedunia 2022, antara aplikasi terkenal di dunia iaitu Twitter membawakan kempen #SheInspiresMe di seluruh Asia Tenggara untuk meraikan peranan dan sumbangan wanita dalam memberikan inspirasi terhadap komuniti. Bagaimanapun, Hari Wanita Sedunia tidak lari dalam konteks untuk membentuk masyarakat seimbang selain menghormati setiap pencapaian dari segi sosial, ekonomi, budaya dan politik.ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda ini bakal daki Gunung Everest, mahu jadi OKU pertama negara kibar Jalur Gemilang di puncak Malah, wanita kini ramai yang berani bangkit sehingga memecahkan stereotaip dan menggunakan #KuasaWanita. Pun begitu, dalam meniti arus globalisasi ini, wanita sering menggunakan Twitter sebagai pemangkin perbualan berkaitan isu-isu semasa. Ada juga antara mereka yang sering membahas perihal tentang hak wanita, akses kepada sumber dan isu sosial tanpa melupakan penggunaan #WomenOnTwitter. Dalam pada itu, terdapat beberapa golongan wanita yang kini diyakini ramai sehingga masyarakat terinspirasi daripada perjalanan hidup dan kerjaya mereka, termasuklah; 1. ALINA AMIR (@alinaamir) - Pengasas Bersama Arus Academy Alina merupakan graduan dari University of Illinois di Urbana Champaign dan mempunyai pengalaman sebagai penganalisa di Accenture Management Consulting selama setahun. Beliau juga mengambil langkah untuk menyertai gerakan Teach For Malaysia (TFM) dalam usaha membanteras ketidakadilan dalam sistem pendidikan. Malah beliau pernah tercalon mewakili Malaysia di World Innovation Summit for Education di Doha, Qatar pada tahun 2014. Pengalaman di TFM telah membuka mata beliau bahawa banyak perkara yang perlu dilakukan selepas melalui tempoh Fellowship selama dua tahun untuk benar-benar menyelesaikan ketidakadilan sistem pendidikan. Pun begitu, Alina bersama-sama tiga lagi alumni TFM yang lain memulakan Arus Academy dengan harapan untuk memberikan inspirasi dan motivasi kepada pelajar untuk menanam minat belajar dan mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian mereka. 2. BOO SU LYN (@boosulyn) - Ketua Editor di CodeBlue Ketua Editor di CodeBlue, Boo Su-Lyn melambangkan wanita yang berkuasa menerusi penulisannya. Misi hidupnya adalah untuk menangani isu serangan seksual, salah laku etika dan penjagaan kesihatan. Di samping itu, Boo sentiasa bersuara tentang isu-isu ini di Twitter dan menurut beliau, Twitter adalah platform terbaik untuk pakar menyampaikan maklumat yang kompleks terutamanya dalam bidang kesihatan, sains dan perubatan secara ringkas. Seperti yang diketahui, misinya adalah menyampaikan berita yang kompleks dan ringkas kepada orang ramai. Boo juga menggunakan Twitternya sebagai alat advokasi untuk abstrak Rang Undang-undang kerajaan mengenai kawalan penyakit berjangkit dalam konteks kehidupan sebenar. Degan cara ini, rakyat Malaysia dapat memahami impak dan ketidakadilan penalti yang dikenakan terhadap salah laku Covid-19. Malah baru-baru ini, beliau telah melancarkan Ova iaitu sebuah laman berita yang membicarakan isu berkaitan wanita. 3. Dr. Amalina Che Bakri (@DrAmalinaBakri) - Pakar Bedah Am, National Health Service UK Rakyat Malayia tidak asing lagi dengan Dr Amalina, beliau pernah menggemparkan ramai pada tahun 2004 apabila memecahkan rekod jumlah A1 yang diperoleh calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dalam sistem pendidikan negara. Kini Felo Penyelidik Klinikal di Imperial College London, Dr. Amalina terkenal dengan semangatnya dalam memperjuangkan hak wanita. Bukan itu aja, beliau juga menggunakan Twitter sebagai medium untuk memperkasakan wanita dalam merealisasikan impian mereka serta berkongsi petua kesihatan dan perubatan. Dr Amalina turut berkongsi pengalaman menarik yang beliau pernah lalui tentang stereotaip. 4. Ivy Josiah (@ ivyjosiah) - Aktivis Hak Asasi Wanita Ivy Josiah pula adalah seorang aktivis yang memainkan peranan penting dalam pembentukan Women’s Aid Organisation, iaitu sebuah NGO Malaysia yang memberikan bantuan kepada wanita membebaskan diri daripada keganasan rumah tangga. Kini, Ivy bersama-sama empat organisasi wanita menerajui Tribunal Wanita pertama Malaysia. Misi tribunal ini adalah untuk menyediakan satu bentuk keadilan alternatif serta advokasi untuk hak wanita dan kesaksamaan jantina di negara ini. Atas dasar itu, ia akan memperkasakan suara wanita yang terjejas oleh diskriminasi terhadap jantina dan menawarkan bantuan yang dapat menzahirkan perubahan. Ivy berkata, wanita perlu bijak dalam beberapa hal, seperti peribadi, kewangan, rumah tangga, dan pelbagai lagi agar golongan hawa ini mampu memperkasakan diri tanpa bergantung pada orang lain. 5. Moon (@mumu_thestan) - Artis NFT Mumu the stan juga dikenali sebagai Munira Hamzah (Moon), beliau merupakan seorang artis visual dan penyair tempatan yang telah mula mencipta non-fungible tokens (NFTs) sebagai sumber pendapatan. Dikatakan NTFs adalah aset digital yang mewakili pemilikan item digital seperti karya seni dan barang koleksi. Malah dengan wujudnya NFT, artis dan pengumpul boleh menjadi pemilik kekal seni digital selain dapat menjana pendapatan daripadanya. Menariknya, kisah Moon menyertai ruang NFT tidak dapat dilupakan. Namun, oleh kerana pandemik dan perintah kawalan pergerakan berlaku, artis kegemarannya iaitu Mike Shinoda, seorang penyanyi rap kumpulan Linkin Park, mula menstrim di Twitch di akaun komuniti ciptaannya. Akaun itu dicipta untuk berhubung dengan peminatnya dan membincangkan topik berkaitan seni dan muzik, sehingga karya seninya menarik perhatian Mike Shinoda (@mikeshinoda) dan beliau turut menjadi pembeli NFT pertamanya. 6. Nadiah Wan (@lapetitemaligne) - Ketua Pegawai Eksekutif, Thomson Hospital Tidak dilupakan seorang wanita yang memegang pelbagai peranan penting, Nadiah Wan iaitu Ketua Pegawai Eksekutif Thomson Hospital, Kota Damansara dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TMC Life Sciences Bhd. Pada masa yang sama, beliau juga memegang jawatan sebagai Pengarah di Institute of Corporate Directors Malaysia (ICDM) dan merupakan seorang mentor bersama sebuah NGO antarabangsa, Endeavour. Beliau kadang kala mempunyai pandangan tersendiri dan memanfaatkan akaun Twitter miliknya untuk membantu meningkatkan lagi komunikasi kesihatan antara masyarakat. Sebgai seseorang dari industri kesihatan, dirinya kerap berkongsi pandangan sendiri tentang usaha kerajaan dalam memerangi virus Covid-19 yang disampaikan kepada pengikutnya. 7. Nalini Elumalai (@nalinielumalai) - Aktivis Hak Asasi Manusia Nalini Elumalai pula merupakan seorang aktivis yang memperjuangkan hak asasi kemanusiaan dan berpengalaman dalam bidang itu selama 15 tahun. Ketika ini, beliau memegang jawatan sebagai Senior Malaysia Program Officer di ARTICLE 19, sebuah NGO antarabangsa yang memperkasakan hak kebebasan bersuara. Malah, sebelum menyertai ARTICLE 19, Nalini telah memegang jawatan di NGO, Suara Rakyat Malaysia (SUARAM), dan Anti ISA Movement (AIM). Aktivis berpengalaman itu turut berkata, kita perlu membuka minda dan membebaskan diri daripada norma masyarakat yang hanya menuding jari terhadap wanita. Selain menjadi diri sendiri dan jalani hidup tanpa sebarang penyesalan atau keraguan. 8. Suraya Zainudin (@surayaror) - Pakar Kewangan Peribadi Selain itu, seorang penulis, penceramah dan pemasar digital ini adalah pengasas laman web kewangan peribadi yang popular kini RinggitOhRinggit.com. Beliau juga merupakan kurator siri buku ternama Cerita Duit Orang Malaysia. Bukan itu sahaja, Suraya banyak meluaskan ilmu kewangan peribadi di Malaysia dengan berkongsi petua, nasihat untuk berbelanja dengan bijak, simpanan dan pelaburan. Atas dasar itu, beliau kerap dalam berkongsi maklumat berkaitan pendapatan dan kewangannya sendiri selain hal ini turut menjadikan dirinya mendapat pengikut yang ramai. Suraya juga berkongsikan tentang definisi pemerkasaan wanita iaitu tugas kaum hawa adalah untuk menjaga keluarga, komuniti dan masyarakat selain melengkapkan diri dengan pelbagai set kemahiran untuk berjaya dalam dunia lelaki. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI