suria

Finalis Mr World Malaysia 2022 ‘buat bodoh’ selepas dikecam photoshoot seluar dalam, yang penting tak malas kerja

Fendi merupakan finalis pencarian Mr World Malaysia 2022.

SETIAP manusia melalui perjalanan yang berbeza-beza untuk menggapai impian mereka.

Begitu juga dengan finalis Mr World Malaysia 2022 ini yang berdepan kecaman masyarakat apabila tampil berseluar dalam menerusi satu sesi photoshoot, baru-baru ini.

Menurut Muhammad Effendi Ruslan yang berasal dari Langkawi, Kedah, dia memilih untuk berdiam diri dan enggan membalas segala cacian kerana enggan isu tersebut terus berlarutan.

"Bila ada haters, saya pilih untuk buat 'bodoh' je. Saya banyak belajar dengan kawan-kawan yang terlibat dalam bidang ini. Mereka pesan supaya saya tak layan kecaman.

fendi3

Fendi rajin bersenam dan mengamalkan pemakanan sihat.

"Bila ada orang komen atau hantar direct message (DM), saya pilih untuk diam. Contohnya baru-baru ini saya post video pakai trunk ketika sesi photoshoot. Bila orang komen, saya senyap. Yang penting saya tahu diri saya kat mana.

"Ada yang komen, dia kata ingat muka cantik ke? Lepas tu dia kata muka saya 'pecah' dan buruk, shoot macam ni lagi buruk. Bila saya tengok profile dia, rupanya kosong dan tiada gambar. Saya tahu itu haters.

ARTIKEL BERKAITAN: Abang bomba sado belanja biceps terkejut tiba-tiba jadi ‘famous’, netizen jumpa akaun IG... Rupanya bertugas di balai Puchong je!

"Pesanan saya, kalau nak menegur jangan sampai menghina. Nak tegur tu ada batasnya. Jangan keterlaluan. Itu tak kena, ini tak kena. Tapi dia tak tahu kita macam mana," ujar jejaka berusia 26 tahun itu.

Lebih teruk, ada yang turut melemparkan tuduhan tidak berasas, mengaitkan jejaka itu dengan perlakuan songsang gara-gara tindakan beraninya tampil seksi di media sosial.

fendi6

Fendi juga merupakan seorang model.

"Yang paling saya ingat, ada orang komen, dia kata yang buat badan ni macam gay je. Saya buang rasa malu dan fikir untuk kejar impian je.

"Alhamdulillah, keluarga pun faham. Mereka tak kisah, yang penting saya fokus betul-betul. Jangan malas dan jangan tak ada kerja je," ujarnya berseloroh.

Rezeki bidang seni

Bercerita mengenai penglibatannya dalam Mr World Malaysia 2022, Fendi berkata dia tidak menolak rezeki seandainya dapat terjun ke bidang seni selepas pertandingan itu berakhir nanti.

"Dulu saya tak pernah terfikir nak bergelar selebriti. Sebelum ini pun, saya pernah jadi model secara sambilan. Dulu pernah cuba masuk Hero Remaja, tapi sampai stage tiga je. Memang tak ada rezeki.

"Kali ini, saya masuk Mr World Malaysia 2022 dan sekadar mencuba nasib. Tak sangka saya masuk top 24. Saya juga ada minat ke arah dunia lakonan. Kalau ada rezeki, saya terima," ujarnya yang memiliki berat 72 kilogram (kg) dan berketinggian 175 sentimeter (sm).

fendi4

Fendi pilih kunci mulut selepas dikecam netizen.

Senang disapa Fendi, dia akui jadualnya kini lebih ketat, namun tetap mencari masa untuk kesihatan diri dan menumpukan aspek kecergasan yang menjadi minat utamanya sejak dulu lagi.

Demi menjaga keterampilannya, Fendi berkata dia akan bersenam di gim dan menjaga pemakanan, pada masa sama dia turut bekerja secara sambilan sebagai personal trainer.

"Apabila bercakap mengenai fitness, mindset kena disiplin. Dalam seminggu, saya akan bersenam lima ke enam kali. Konsisten pergi gim setiap pagi selama dua jam untuk satu sesi.

"Dari segi makan, kalau boleh saya elak air manis. Biasanya tengah hari saya makan nasi bersama ayam atau ikan bakar. Pagi saya makan oat dengan telur. Tidur pula kena enam jam sekurang-kurangnya," ujarnya.

Impian dan bisnes

Mungkin ramai juga yang tidak tahu, Fendi sebenarnya berbakat dalam bidang dandanan dan berpengalaman selama lima tahun sebagai tukang gunting rambut.

Jelas Fendi, kemahiran itu sudah sebati dengannya, malah dia mempunyai impian besar untuk menjadi tenaga pengajar suatu hari nanti bagi menurunkan segala ilmu yang dimiliki.

fendi5

Jejaka asal Langkawi ini tak menolak rezeki seandainya dapat bergelar anak seni.

"Saya mula gunting rambut orang masa umur 21 tahun, Saya belajar ketika datang ke Kuala Lumpur (KL). Saya kerja di sebuah barber shop di KL. Ambil masa dalam lima bulan juga untuk belajar.

"Awal-awal tu, banyak peristiwa berlaku. Kepala pelanggan berdarah, satu kepala saya ambil masa sampai tiga jam untuk gunting. Tapi itu semua mengajar saya untuk menjadi lebih baik.

"Semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), saya juga ada buat servis dari rumah ke rumah. Saya biasanya akan pergi ke rumah pelanggan, atau pelanggan datang cari saya.

"Saya ada target untuk buka bisnes dan tak akan berhenti gunting rambut orang. Mungkin saya akan buka kedai, sesiapa yang nak belajar, boleh belajar gunting rambut dengan saya," ujarnya mengakhiri bicara.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain