suria

Kisah hidup ada persamaan, Ananth kini pemegang saham kedua terbesar AFC Wimbledon

Ananth mahu 'kisah' AFC Wimbledon bergema di Malaysia.

MESKIPUN tidak pernah melihat kelab Liga Perdana Inggeris Wimbledon FC (AFC Wimbledon) bermain secara langsung, Presiden Persekutuan Esport Malaysia (MESF), Datuk Ananth S Nathan memilih untuk membuat pelaburan dalam pasukan tersebut.

Difahamkan, AFC Wimbledon dibangkitkan semula pada 2002.

Selaras pelaburan yang dilakukan itu, Ananth yang juga perintis komuniti Esports di Asia Tenggara secara tidak langsung menjadi pemegang saham kedua terbesar kelab berkenaan.

Terdahulu, pada tahun 2002, Wimbledon FC atau lebih dikenali sebagai Dons, telah dipisahkan secara kontroversi daripada komunitinya dengan keputusan suruhanjaya Persatuan Bola Sepak.

Ananth melihat perjuangan AFC Wimbledon sama seperti perjalanan hidupnya.

Ananth melihat perjuangan AFC Wimbledon sama seperti perjalanan hidupnya.

Kelab itu telah dipindahkan 112.654 km (70 batu) dari tapak asalnya dan diletakkan semula di bawah nama dan pemilikan baharu.

Bagaimanapun, tindakan peminat yang menerajui kempen untuk melancarkan semula kelab sebagai AFC Wimbledon pada tahun sama berjaya mengekalkan legasi cemerlang pasukan.

Keghairahan yang sama juga ditunjukkan semasa kempen mengumpul dana berjuta-juta pound untuk membina semula stadium Plow Lane.

Malah perlawanan pertama selepas kebangkitan dilakukan di Plow Lane pada November 2020.

Memilih untuk bersama kelab berkenaan, ujar Ananth ia susulan kisah perjuangan dan kejayaan AFC Wimbledon yang berjaya membentuk semangat dan ketabahan disifatkan sama seperti perjalanan kehidupannya.

Ananth akui pernah lalui tugas sukar.

Ananth akui pernah lalui tugas sukar.

Beliau yang juga usahawan tersohor tanah air dan abang ipar kepada bekas pemain kebangsaan Malaysia, M. Gopal menjadi penyokong AFC Wimbledon.

Beliau pada masa sama berharap ia dapat diperluaskan melalui komuniti yang dikongsi di Asia dan seterusnya.

"Pada 2010, saya melalui tugas yang sukar dalam kehidupan peribadi dan profesional saya. Dengan sokongan keluarga dan kawan rapat, saya tabah.

"Seperti burung phoenix, hidup saya bangkit daripada abu dan saya memulakan trajektori ke atas," katanya.

Ananth juga percaya bahawa kisah AFC Wimbledon akan bergema di Malaysia dan seluruh Asia.

"Semangat komuniti yang kuat terhadap kebangkitan semula kelab adalah pemangkin penting pelaburan ini. Ia tidak pernah terlintas di fikiran saya sebagai pelaburan, saya melakukannya kerana saya suka bola sepak dan sejarah romantik kelab ini.

"Apabila saya melalui muzium di sini di Plough Lane, saya merinding. Itu kesan yang saya nak hasilkan di Malaysia. Jadi, apabila peluang datang, saya harus meletakkan nama saya," jelas beliau yang turut mengambil alih peranan sebagai Presiden Antarabangsa AFC Wimbledon.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain