suria

Pele bertarung nyawa, peminat turut berduka... Kenali legenda bola sepak Brazil, satu-satunya pemain julang 3 Piala Dunia

Pele kini sedang kritikal di hospital.

SIAPA yang tidak kenal dengan Pele?

Selain Diego Maradona, nama Pele diingati sebagai salah seorang pemain bola sepak yang hebat dan tangkas beberapa dekad lalu.

Namun sejak dua hari lalu, berita mengenai tahap kesihatan legenda bola sepak Brazil itu tular di media.

Keadaan kesihatan bekas pemain berusia 82 tahun itu dilaporkan semakin kritikal sejak dimasukkan ke Hospital Albert Einstein, Sao Paulo pada penghujung November lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Populariti mencanak sebab kacak! Pemain skuad kebangsaan Korea Selatan terpaksa off handphone gara-gara tak henti diganggu

Laporan media menyebut, doktor mengesahkan kanser yang dihidapinya semakin teruk, selain mempunyai masalah berkaitan jantung dan buah pinggang.

Perkongsian menerusi laman Instagram oleh anak Pele, Kely Cristina Nascimento baru-baru ini, yang memeluk bapanya dan disertai dengan kapsyen menyentuh hati, membuatkan netizen turut sebak.

pele 1

Zaman kegemilangan Pele.

"Kami masih di sini, berjuang dan percaya. Satu malam lagi bersama," tulis Nascimento mengiringi gambar tersebut, sekali gus membuatkan ramai tampil dengan andaian bahawa hayat pemain legenda itu tidak akan lama.

Mungkin ramai yang mengenali Pele sekadar legenda bola sepak Brazil sahaja. Berikut mStar senaraikan beberapa fakta mengenai legenda ini:

1) Nama sebenar Pele adalah Edson Arantes do Nascimento, dilahirkan pada 23 Oktober 1940 di Três Corações, Brazil.

2) Bermain untuk kelab liga kecil di Bauru dan pernah ditolak oleh pasukan kelab utama di bandar São Paulo.

3) Pada 1956, Pele menyertai Kelab Bola Sepak Santos dan bermain posisi sayap kiri.

4) Bersama kelab tersebut, Pele memenangi sembilan kejuaraan liga São Paulo.

pele 2

Peminat Brazil turut berduka dan mendoakan legenda bola sepak itu kembali pulih.

5) Pada 1962 dan 1963, Pele turut menjadi watak utama memenangi Piala Libertadores dan Piala Kelab Antara Benua.

6) Menjadi watak utama membawa Brazil meraih Piala Dunia sebanyak tiga kali iaitu pada tahun 1958, 1962 dan 1970.

7) Pele membuat penampilan sulung antarabangsanya pada tahun 1957 ketika berusia 16 tahun dan pada tahun berikutnya (1958), dia bermain perlawanan pertamanya di pusingan akhir Piala Dunia di Sweden.

8) Dianggap pemain terhebat kerana menjadi satu-satunya pemain di dunia yang memenangi tiga Piala Dunia.

9) Pada 19 November 1969, pada perlawanan ke-909, Pele menjaringkan gol yang ke-1,000.

10) Menjaringkan sebanyak 77 gol dalam 92 penampilannya bersama Brazil, serta menjaringkan lebih 1,279 gol dalam 1,363 perlawanan. - Britannica.com

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain