LEBIH seminggu tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father Organic Farm, Jalan Batang Kali-Hulu Selangor berlaku, kini penantian seluruh rakyat Malaysia berakhir dengan penemuan mayat terakhir pada Sabtu.
Mayat kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun itu ditemui pasukan mencari dan menyelamat (SAR) pada pukul 4.53 petang di Sektor A (Hill View) yang menjadi tumpuan utama pencarian.
Penemuan mangsa terakhir itu menjadikan jumlah keseluruhan mangsa yang disahkan maut dalam tragedi berkenaan adalah seramai 31 orang.
ARTIKEL BERKAITAN: Mayat mangsa terakhir tanah runtuh Batang Kali ditemukan, masih dalam ’sleeping bag’
Sudah semestinya kejayaan ini adalah hasil usaha tanpa penat lelah anggota SAR, termasuk pasukan Unit Anjing Pengesan (K9) yang bekerja keras sejak hari pertama insiden berlaku.
Difahamkan, di dalam operasi SAR ini, sebanyak 11 ekor anjing terlibat dengan enam daripadanya milik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), empat milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan seekor dari Angkatan Tentera Malaysia.
Mungkin ramai yang tertanya-tanya gerangan hero tak didendang ini. Kali ini mStar senaraikan enam hero JBPM yang banyak membantu operasi SAR ini:
1. Grouse
Pengendali: Kenneth William
Baka: English Springer Spaniel
2. Pop
Pengendali: Avlyanie Moidi
Baka: English Springer Spaniel
3. Denti
Pengendali: Tony Albert
Baka: Labrador Retriever
4. Lady
Pengendali: Leroy Kirah
Baka: Labrador Retriever
5. Blake
Pengendali: Salbuddin Salleh
Baka: English Springer Spaniel
6. Frankie
Pengendali: Thivagaran Yutaman
Baka: English Springer Spaniel
Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI