suria

Bisnes nasi lemak wanita cantik laku keras, pelari kacak pemurah derma wang kemenangan... Ini kisah inspirasi 2023!

Kisah kejayaan mereka boleh dijadikan inspirasi kepada orang ramai.

BERBAKI beberapa hari lagi untuk kita melangkah ke tahun 2024.

Pengembaraan sepanjang tempoh 365 hari pada tahun ini pastinya mencabar, bukan?

Ada yang berjaya mencapai matlamat dan impian, tidak kurang juga yang terpaksa menempuh pelbagai cabaran.

Walau apa jua yang dilalui, anda seharusnya berasa bangga dengan diri sendiri kerana berjaya mengharunginya dengan baik.

Bagi yang masih down dan mencari semangat, dapatkan inspirasi daripada kisah kejayaan beberapa individu ini supaya anda dapat melangkah yakin ke tahun 2024.

Jangan lupa buat azam baru ya!

nasi lemak

1. Wanita bangkit selepas bergelar ibu tunggal

Penceraian bukanlah pengakhiran hidup tetapi permulaan kepada sebuah kehidupan.

Tidak dinafikan ramai yang berasa kecewa dan sedih apabila perlu berpisah dengan pasangan yang pernah hidup bersama, tambahan pula sudah mempunyai anak.

Wanita yang mengalami situasi sama tidak perlu berasa sedih dan lemah semangat walaupun sebelum ini anda adalah suri rumah sepenuh masa.

Jadikan kisah Sharifah Nurul Hamirah Syed Mohd Hamz yang baru berusia 30 tahun ini sebagai inspirasi untuk anda bangkit.

Bermula sebagai salesgirl yang menjual minyak wangi di sebuah kompleks beli belah, ibu tunggal kepada dua cahaya mata ini memilih untuk berhenti dan berniaga nasi lemak sepenuhnya.

"Buat ibu tunggal di luar sana, yang mana ada anak, jangan cepat berputus asa. Kita kena sentiasa berusaha. Kecaman orang kita letak ketepi, janji kita sentiasa berdoa dan berusaha," ujarnya.

Sejak dibuka secara rasmi di Sentul Kuala Lumpur, pada 3 Januari lepas, perniagaan yang diusahakan mendapat sambutan luar biasa sehingga menjadi tular dan dibanjiri pelanggan setiap masa.

medal

2. Amalan sumbang duit untuk kerja kebajikan

Usaha tangga kejayaan! Kebanyakan masyarakat gemar menjadikan falsafah tersebut sebagai prinsip hidup demi mencapai impian.

Perkara sama dilakukan Pam Zhen Shen, 24, yang aktif sebagai pelari jarak jauh mewakili Johor ini.

Pernah mengalami kesukaran semasa awal pembabitan dalam acara tersebut, dia kini bangga dengan pencapaian yang diperoleh apabila berjaya bergelar juara sebanyak 26 kali.

Seperti pelari-pelari lain, Pam juga berdepan banyak halangan ketika mengikuti pertandingan, namun dia tidak pernah sesekali berputus asa untuk sampai ke garisan penamat.

"Sudah tentu ada yang pandang rendah pada sukan larian. Ramai yang kata larian ni membosankan, cuma lari je, apa-apa pun tak perlu buat.

"Tak macam sukan lain seperti bola yang memerlukan strategi dan rakan sepasukan untuk bersaing secara berkumpulan,” ujarnya yang turut menerima kecaman.

Dia pada awalnya merahsiakan tentang usaha kebajikan yang dilakukan, kini terbuka untuk berkongsinya demi memberi inspirasi kepada orang di luar sana.

Menurutnya, dia sering mendermakan 50 peratus hadiah wang tunai yang dimenangi kepada mereka yang memerlukan.

master

3. Graduan perlu berani cuba bidang baharu

Mendapatkan pekerjaan impian yang setimpal dengan kelulusan bukanlah mudah terutama graduan baharu yang tidak mempunyai sebarang pengalaman.

Maka tidak hairanlah apabila ramai yang bertukar bidang seperti Syamimi Omar, 34.

Merupakan graduan master dalam jurusan Sains, dia pernah bekerja sebagai penjaga rumah orang tua sebelum memulakan perniagaan dalam bidang makanan dan minuman (F&B).

“Saya apply kerja dengan 30 ke 50 syarikat, hanya satu panggilan interview yang saya dapat iaitu sebagai pegawai sains. Itu pun saya tak dapat kerja," kongsinya.

Mengakui pernah beberapa kali ‘terjatuh’ dia tidak menyangka tahun 2023 bermula dengan tuah apabila berjaya memperoleh sebuah lot kedai di Seksyen 13, Shah Alam di Selangor sekali gus meneruskan semula perniagaan makanan.

makcik

4. Hidup susah bukan alasan tidak berjaya

Ramai yang menjadikan kesukaran hidup sebagai alasan untuk tidak belajar sehingga ada yang mewarisi kesusahan hidup seperti ibu dan ayahnya.

Bagi mereka yang mempunyai matlamat dan keazaman tinggi, kesusahan yang dialami adalah pendorong untuk keluar daripada kepompong masalah.

Begitulah yang dilakukan Nurul Syazwani Muhamed Zabidi.

Berbekalkan keazaman yang tinggi, anak yatim yang dibesarkan oleh dua orang ibu saudara yang bekerja sebagai penoreh getah, akhirnya berjaya menggenggam Ijazah Pentadbiran Perniagaan, Sekolah Perniagaan dan Ekonomi di Univeristi Putra Malaysia (UPM).

Bukan itu sahaja, dia juga menerima pengiktirafan Anugerah Endowmen Sultan Idris Shah iaitu hadiah utama universiti sempena Majlis Konvokesyen UPM kali ke-47.

"Saya tidak datang dari keluarga yang senang dan ibu saudara saya merupakan tempat saya berkongsi kasih sepenuhnya setelah nenek saya meninggal pada 2017,” jelasnya.

Berkongsi cerita, pengorbanan fizikal, kewangan dan mental kedua-dua ibu saudara yang membesarkannya dengan hasil pendapatan cukup-cukup makan sebagai penoreh getah membuatkan dia tekad mengubah nasib keluarga dan membalas jasa.

pomen

5. Kegagalan akademik bukan penghalang

Tidak cemerlang dalam bidang akademik bukanlah penghalang untuk seseorang itu berjaya dalam kehidupannya.

Malah pelbagai cabang kerjaya boleh dijelajahi berdasarkan kemahiran seperti yang dilakukan AG Ku Md Khairul Akram AG Ku Damit.

Dia yang terkenal sebagai Spanar Boy dalam kalangan pengikut di laman TikTok memilih kemahiran automotif sebagai kerjaya selepas tamat pengajian di Kolej Vokasional (KV) Labuan.

Berkat usahanya dalam bidang yang diminati, dia mendapat rezeki bekerja di sebuah pusat servis di Labuan selepas menamatkan pengajian.

Dengan kebolehan yang ada, dia aktif menghasilkan content berkaitan automotif dan kerjayanya sebagai mekanik di TikTok.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain