suria

Motaz Azaiza berat hati tanggal ves tinggalkan Gaza... Ini 10 fakta perakam kekejaman Israel yang anda perlu tahu

Motaz turut digelar 'Eye of Palestine' kerana menjadi saksi dan merakam kekejaman Israel di Gaza. -Gambar Instagram @motazazaiza

AKTIF berkongsi perkembangan mengenai perang di Gaza, Palestin, menerusi media sosialnya, wartawan foto terkenal, Motaz Azaiza pada Selasa membuat pengumuman akan keluar dari wilayah tersebut.

Menerusi video ringkas di laman sosialnya, Motaz berkata banyak faktor yang mendorong dia membuat keputusan tersebut.

motaz 4

Detik penuh emosi ketika Motaz menanggalkan ves 'media' sejurus mengumumkan bakal meninggalkan Gaza.

"Ini adalah kali terakhir anda melihat saya mengenakan ves yang berat ini dan insya-Allah saya akan kembali.

"Saya akan kembali semula dan membantu membangunkan semula Gaza," ujarnya dalam nada yang berat hati menerusi video menyentuh emosi itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Naik seri wajah Dayang Anisha, rupanya dapat sentuhan magis jurusolek Filipina... Ini 7 trivia isteri Putera Mateen

Selama 107 hari membuat liputan tanpa gagal di Gaza, Motaz disanjung kerana keberaniannya membuka mata dunia mengenai kekejaman Israel.

motaz 5

Kehancuran bangunan di Gaza akibat pengeboman Israel dari lensa Motaz.

Untuk segmen Figura kali ini, mStar kongsikan fakta menarik mengenai dirinya:

1) Nama sebenarnya Motaz Hilal Azaiza, dilahirkan pada 30 Januari 1999.

2) Dibesarkan di Kem Deir al-Balah di Semenanjung Gaza.

3) Menamatkan pengajian pada 2021 dengan ijazah dalam pengajian bahasa Inggeris di Universiti Al-Azhar di Gaza.

motaz 3

Motaz tidak pernah gagal membuat liputan di Gaza sejak mula diserang Israel pada Oktober lalu.

4) Pernah bekerja sebagai jurugambar untuk Médecins Du Monde Suisse.

5) Beliau juga pernah bekerja sebagai jurugambar dan jurukamera untuk MintPress News dan ABC News.

6) Bertugas sebagai jurugambar untuk United Nations Relief and Works Agency for Palestine Refugees (UNRWA) pada 2023, di mana dia banyak berkongsi rakaman insiden pengeboman di Gaza.

7) Menerusi media sosial, Motaz banyak meluahkan kesan terhadap fizikal dan mental yang dialaminya susulan perang di Gaza.

motaz 2

Dinobatkan sebagai Man of the Year pada 2023 oleh majalah terkenal GQ Asia Barat.

8) Sebelum Oktober 2023, Motaz hanya mempunyai kira-kira 25,000 pengikut di Instagram.

9) Pengikutnya bertambah dalam masa yang singkat selepas setiap saat dia membuat laporan mengenai pengeboman di Gaza. Kini beliau mengumpul seramai 18.3 juta pengikut di Instagram.

10) Dinobatkan sebagai Man of the Year pada 2023 oleh majalah terkenal GQ Asia Barat kerana keberaniannya merakam kekejaman Israel terhadap penduduk Gaza.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain