LAZIMNYA golongan yang mempelopori gelaran jutawan terdiri daripada mereka yang agak berusia. Buktinya, senarai individu bergelar billionaire bagi tahun 2023 yang dikeluarkan oleh Forbes rata-ratanya didominasi oleh individu yang berada dalam lingkungan umur purata 65 tahun. Mendahului senarai billionaire tertua adalah taikun dalam bidang insurans, George Joseph yang berusia 101 tahun. Namun, usia bukanlah halangan atau kayu ukur untuk mengumpul kekayaan yang besar. ARTIKEL BERKAITAN: Naik seri wajah Dayang Anisha, rupanya dapat sentuhan magis jurusolek Filipina... Ini 7 trivia isteri Putera Mateen Menerusi senarai billionaire 2023, ia menyaksikan seramai 15 individu muda di bawah usia 30 tahun turut mempunyai kekayaan sehingga mencecah 10 angka. Daripada jumlah tersebut, 11 jutawan muda berkenaan mewarisi kekayaan daripada keluarga, sementara empat yang lain adalah usahawan yang mengumpul kekayaan sendiri. Individu yang mendahului senarai jutawan termuda Forbes dirangkul oleh seorang remaja berusia 19 tahun, Clemente Del Vecchio dari Itali. Luxottica terkenal dengan jenama Sunglass Hut, Ray-Ban dan Oakley. -Gambar Instagram Essilorluxottica Berikut merupakan fakta mengenai Clemente Del Vecchio: 1) Menjadi jutawan pada usia 18 tahun. 2) Mempunyai aset mencecah USD4 bilion atau bersamaan dengan RM18.87 bilion. 3) Menjadi bilionair termuda di dunia pada 2024 dan berada di kedudukan ke-732 dalam senarai orang terkaya di dunia menurut senarai Forbes. 4) Clemente merupakan pewaris termuda dari keluarga Leonardo Del Vecchio selepas bapanya meninggal dunia pada Jun 2022. Mendiang bapa Clemente, Leonardo Del Vecchio meninggal dunia pada Jun 2022. -Gambar Instagram Essilorluxottica 5) Beliau memperoleh kekayaan daripada syarikat cermin mata mendiang bapanya, Luxottica. Luxottica terkenal dengan jenama Sunglass Hut, Ray-Ban dan Oakley. 6) Clemente dilaporkan memiliki beberapa hartanah mewah di Itali, termasuk sebuah vila di Tasik Como dan sebuah apartmen di Milan. 7) Menariknya, tidak ramai yang tahu bahawa datuk Clemente bekerja sebagai penjual sayur di Milan dan meninggal dunia sebelum dia dilahirkan. 8) Walaupun memiliki kekayaan, Clemente lebih gemar bersikap low profile dan dilaporkan tidak terlibat secara langsung dalam perniagaan bapanya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube