suria

Naik seri wajah Dayang Anisha, rupanya dapat sentuhan magis jurusolek Filipina... Ini 7 trivia isteri Putera Mateen

Wajah jelita Dayang Anisha mendapat sentuhan jurusolek Filipina, Denise Go Ochoa. -Gambar Instagram @muash.portfolio

PERKAHWINAN Pengiran Muda 'Abdul Mateen Bolkiah, anakanda ke-10 kepada Sultan Brunei, Sultan Haji Hassanal Bolkiah, dengan wanita pilihannya, Dayang Anisha Rosnah Adam mencuri tumpuan rakyat seluruh dunia.

Perkahwinan yang diberi jolokan 'Wedding of The Year' itu berlangsung selama 10 hari, bermula dengan Majlis Istiadat Bersuruh Diraja pada 7 Januari, diikuti Majlis Membuka Gendang Jaga-Jaga, Majlis Istiadat Menghantar Tanda Diraja dan Pertunangan Diraja dan Majlis Istiadat Berbedak Pengantin Diraja pada 10 Januari.

Pada 11 Januari (Khamis), Dayang Anisha sah bergelar isteri kepada Pengiran Muda 'Abdul Mateen dengan sekali lafaz pada Majlis Istiadat Akad Nikah Diraja bertempat di Masjid Omar Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan.

ARTIKEL BERKAITAN: Dayang Anisha gadis paling bertuah di dunia... Ini 12 trivia suri hati Putera Mateen, rupanya ada abang kacak!

ARTIKEL BERKAITAN: 17 das tembakan meriam dilepaskan! Segak berbusana putih, Putera Mateen bergelar suami dengan sekali lafaz

Penampilan pertama Dayang Anisha pada Majlis Khatam Al-Quran yang anggun dengan persalinan kurung moden menggunakan kain songket tenunan Brunei rona putih, benar-benar memukau setiap mata yang memandang.

Tidak jemu rasanya menatap kejelitaan dan keanggunan wanita bertuah berusia 29 tahun yang berjaya menambat hati Pengiran Muda 'Abdul Mateen ini.

anisha 4

Busana ketika majlis khatam Al-Quran adalah hasil rekaan Teh Firdaus. -Gambar Instagram Teh Firdaus

Buat tatapan pembaca mStar, berikut kami kongsikan trivia menarik mengenai Dayang Anisha sepanjang Istiadat Perkahwinan Diraja:

1) Dayang Anisha mengenakan busana kurung moden rona putih rekaan pereka fesyen Malaysia, Teh Firdaus, pada majlis khatam Al-Quran, 3 Januari lalu.

2) Persalinan semasa Majlis Menerima Tanda Diraja dan Pertunangan Diraja pada 9 Januari turut mendapat sentuhan Teh Firdaus.

anisha 6

Wajah Dayang Anisha disolek oleh jurusolek Filipina, Denise Go Ochoa (kiri). -Gambar Instagram moore.hairstyles

3) Wajah Dayang Anisha mendapat sentuhan magis jurusolek dari Filipina, Denise Go Ochoa sewaktu Majlis Pertunangan Diraja.

4) Pada Majlis Istiadat Berbedak, Dayang Anisha tampil memukau dalam persalinan tradisi Brunei rona merah terang dengan diiringi 16 dayang-dayang.

anisha 2

Pasangan Diraja mengenakan busana rona merah pada Majlis Istiadat Berbedak. -Gambar Instagram muash.portfolio

5) Sebuah lagu dicipta khas sempena Majlis Perkahwinan Diraja bertajuk Renjana Pengantin Diraja. Lagu berkenaan merupakan ciptaan penuh Muhammad Hazwan Awang Madial dan dinyanyikan oleh Nur Izzah Mohd Hashim.

6) Dayang Anisha dan Pengiran Muda 'Abdul Mateen selamat diijabkabulkan dengan sekali lafaz dalam Majlis Istiadat Akad Nikah Diraja jam 2.17 petang, Khamis (11 Januari).

7) Dayang Anisha menerima mahar sebanyak $1,000 dolar Brunei (RM3,498). Sebaik sahaja lafaz kabul disahkan, tembakan meriam sebanyak 17 das dilepaskan sebagai menandakan Istiadat Akad Nikah Diraja telah sempurna dan diakhiri dengan bacaan doa selamat.

anisha 5

Pengiran Muda 'Abdul Mateen sewaktu Majlis Akad Nikah Diraja, pada Khamis. -Gambar RTB

Untuk makluman, acara kemuncak iaitu Majlis Istiadat Bersanding Pengantin Diraja akan berlangsung di Istana Nurul Iman pada 14 Januari.

Mempelai pengantin diraja kemudian akan menyertai perarakan mengelilingi ibu kota Brunei, Bandar Seri Begawan, manakala Majlis Persantapan Diraja dijadualkan pada 15 Januari.

Putera Mateen, 33, merupakan anakanda Sultan Brunei, Sultan Hassanal bersama Datin Paduka Seri Mariam Abdul Aziz.

Dayang Anisha, 29, pula merupakan cucu kepada Pehin Datuk Isa, yang merupakan penasihat khas kepada Sultan Brunei.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain