suria

Buat kuih comel untuk isteri, tak sangka orang luar pun minat! Abang Pancake Kartun ‘diburu’ pelanggan dari seberang

Nor Syahmizi menjadi tular kerana menjual pancake unik aneka kartun.

BUKAN di atas kanvas atau kertas lukisan, sebaliknya lelaki ini menterjemahkan 'karya' seninya menerusi adunan pancake aneka karakter kartun.

Melihat pancake yang dihasilkan sebagaimana yang dikongsikan di laman TikTok, timbul rasa kagum betapa kreatif dan berseninya tangan lelaki bernama Nor Syahmizi Safuan Nordin ini.

Apa yang lebih mengkagumkan, walaupun baru sekitar lima bulan beroperasi, gerainya yang diberi nama Abang Pancake Kartun yang terletak di Pantai Eye On, Kota Laksamana, Melaka ini mendapat sambutan hangat daripada pengunjung.

Berkongsi mengenai 'asal-usul' bagaimana mendapat idea untuk menjual pancake kartun, Nor Syahmizi berkata semuanya bermula apabila isterinya, Anis Farahin Roslin, teringin untuk menikmatinya selepas melihat pembuatan kuih tersebut di laman sosial seorang penjual di Thailand.

pic 2

Pelanggan cilik yang tidak ketinggalan membeli pancake karakter kartun kegemaran masing-masing.

"Isteri ajak saya pergi ke sana, tapi saya beritahu 'nanti'. Tapi disebabkan dia tahu saya pandai lukis, dia adun dan buat bancuhan tepung pancake sebab dia memang pandai buat cookies.

"Cuma dia suruh saya lukis kartun. Lepas tu saya saja upload dekat TikTok. Tak sangka pula ramai komen positif, suruh berniaga.

"Nak dijadikan cerita pada hujung Januari lalu, ada orang ajak join event berniaga satu hari dekat sebuah IPTA di sini. Dengan tiada pengalaman, saya cuba juga dan praktis melukis pancake beberapa hari sebelumnya. Itulah pengalaman pertama," kongsi lelaki dari Bukit Rambai ini kepada mStar.

Bertitik-tolak dari situ, semangat untuk berniaga semakin berkobar-kobar lebih-lebih lagi mendapat cadangan ramai serta sokongan padu daripada isterinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Dulu cekap memanah, kini hanDulu cekap memanah, kini handal ‘cetak’ punten ‘sambal ijo’ viral! Resipi mentua buka rezeki bekas atletdal ‘cetak’ punten ‘sambal ijo’ viral! Resipi mentua buka rezeki bekas atlet

"Hari pertama berniaga di gerai agak kelam kabut... dengan melayan customer, tepung adunan tertumpah. Namun itu semua cabaran, dan dari situlah kita belajar untuk improve.

"Pada peringkat awal, tak viral lagi sebab mungkin orang fikir pancake dibuat menggunakan acuan... orang tak tahu sebenarnya ia dilukis.

"Seingat saya mula viral pada penghujung Februari. Sejak itu sehinggalah sekarang, pelanggan beratur demi nak beli pancake kartun," ujar lelaki berusia 31 tahun ini.

pic 3

Antara karakter kartun yang diminta pelanggan.

Ditanya mengenai bakat melukis yang dimiliki, Nor Syahmizi berkata dia mewarisinya daripada bapa yang mempunyai kemahiran seni lukis dan seni ukir.

"Dari kecil suka menconteng. Bila sekolah, saya belajar pendidikan seni yang basic saja tapi bolehlah melukis.

"Saya tak ambil subjek seni atau belajar secara khusus pun, tapi mungkin sebab suka melukis, ada la juga kebolehannya," ujarnya yang juga merupakan seorang ejen takaful sepenuh masa.

Dari kecil suka menconteng. Bila sekolah, saya belajar pendidikan seni yang basic saja tapi bolehlah melukis.

NOR SYAHMIZI

PEMILIK ABANG PANCAKE KARTUN

Mendapat sambutan yang sama sekali di luar jangkaan, Nor Syahmizi berkata dia sememangnya mempunyai perancangan untuk mengembangkan lagi perniagaan.

"Saya ada perancangan untuk ajak sesiapa yang berminat sama-sama turut serta. Cuma buat masa ini, ada kekangan tertentu antaranya seperti susah nak dapat orang yang pandai melukis.

"Jadi buat masa ini, saya hanya ajar mereka yang berminat untuk berniaga pancake... seperti kelas online. Ada beberapa individu yang sudah saya ajar. Mereka memang ada bakat melukis.

"Saya hanya tinggal ajar adunan bahan dan tip-tip lain," ujarnya lagi.

pic 4

Gerai Abang Pancake Kartun menjadi tumpuan pengunjung.

Sepanjang berniaga secara separuh masa, Nor Syahmizi berkata pelbagai kenangan manis yang dilaluinya.

"Antaranya, ada pelanggan yang datang jauh dari Indonesia dan Singapura. Tak sangka datang dan sanggup beratur.

"Sokongan daripada pelanggan dan penyokong yang datang beli, rekod video dan post di media sosial masing-masing membuatkan Abang Pancake Kartun dikenali.

"Saya sungguh terharu dan hanya mampu mengucapkan jutaan terima kasih kepada semuanya," akhirinya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain