PENCERAMAH bebas dan popular, Ustaz Wadi Annuar tidak pernah meletakkan caj tertentu setiap kali menerima undangan untuk mengadakan ceramah agama sama ada di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak Sebaliknya beliau menyerahkan kepada pihak penganjur mengenai bayaran yang sesuai diberikan kepadanya malah ada yang menawarkan RM200. “Untuk bayaran, sejak 2008, kita tak pernah kenakan jumlah tertentu. Tak dak. Terpulang kepada pihak penganjur, jumlah (bayaran) kita tak pernah tentukan. Ustaz Wadi Annuar (berkupiah) melihat rakaman video mengenai produk Al-Mubin yang dilancarkan. “Kesemua bayaran ditentukan pihak penganjur bermula RM200 sampailah hari ni, terpulanglah kepada penganjur masing-maising. Tiada had maksimum dan minimum,” katanya. Ustaz Wadi atau nama sebenarnya Mohamad Wadi Annuar Ayub diminta mengulas berhubung bayaran yang ditetapkan setiap kali berceramah kerana ada pihak mendakwa, ia mencecah puluhan ribu ringgit atas faktor popularitinya ketika ini. Tambah beliau, sebelum menerima jemputan, pihaknya meletakkan syarat ketat iaitu lokasi sesebuah tempat itu hendaklah luas untuk mengelak masalah kesesakan dan ketidakselesaan jemaah. “Dari tahun 2008, saya ceramah, kita ambil (jemputan) surau yang boleh muat 200 orang, tapi yang datang 2,000. Tempat tu jadi huru hara. Netizen kata dah tau kecil, ambil watpa (kenapa)? Aik... salah saya. ARTIKEL BERKAITAN: Dengar ceramah Ustaz Wadi Annuar fasal kiamat dan dajjal buatkan Zizi Kirana ‘tersentak’, berdoa agar kekal terus istiqamah dalam berhijrah “Kemudian ambil yang kapasiti 1,000 tapi kehadiran lima hingga enam ribu (orang), terlampau banyak. Netizen marah saja jugak,” katanya. Jelas Ustaz Wadi lagi, dalam satu ceramah yang menggandingkan beliau dengan Ustazah Asma Harun, tetamu yang datang kira-kira 12,000 orang namun pihak pengajur berjaya menyediakan tempat termasuk kawasan parkir serta ruang solat yang luas untuk keselesaan jemaah. Sementara itu beliau turut menegur segelintir pempengaruh media sosial ketika ini yang bercakap soal agama Islam tanpa mempunyai pengetahuan kukuh mengenainya, Ramai tiktokers tiada latar belakang agama tapi bercakap agama dan sehingga mereka menggelar diri mereka ustaz. USTAZ WADI ANNUAR Malah lebih menyedihkan, ada dalam kalangan mereka yang menggeglar diri ustaz sedangkan tidak memiliki kelulusan (dalam bidang agama) untuk bercakap hal berkenaan. “Ramai tiktokers tiada latar belakang agama tapi bercakap agama dan sehingga mereka menggelar diri mereka ustaz, sedangkan tidak ada latar belakang pendidikan agama yang kukuh. “Saya sangat sokong kalau seseorang tu disyaratkan ada kelulusan khas untuk bercakap soal agama, kalau mengajar, ia macam (kena ada) tauliah. “Sangat penting seseorang tu ditauliahkan, baru boleh bercakap tentang agama. Kalau tidak, pemahaman agama kepada masyarakat akan lari daripada pemahaman sebenar. Itu kita takut dan ia sedang berlaku,” katanya. Pengasas produk Al Mubin iaitu Sheikh Mohd Faizal (dari kiri) Ustaz Wadi Annuar dan Fauzi Nawawi. Dalam perkembangan lain Ustaz Wadi baharu melancarkan produk makanan tambahan Al-Mubin yang mempunyai khasiat menguruangkan hormon stres, meningkatkan kesuburan, fungsi otak dan kesihatan mental. Bahan yang terdapat dalam makanan tambahan itu ialah minyak zaitun, moringa, astaxanthin, ashwaganda dan sacha inchi. Ia dijual secara dalam talian dengan harga RM79.00 Selain Ustaz Wadi sebagai pengasasnya, pelakon Fauzi Nawawi turut terlibat dalam pengeluran produk itu. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube