suria

Dua beradik kembar kelas tercorot kini sibuk dipanggil beri ‘talk’, rancang keluar produk sendiri

TikToker kembar Amin dan Abid tampil berkongsi ilmu menerusi Pameran Pendidikan Star 2024.

PAMERAN Pendidikan Star 2024 dimeriahkan dengan kehadiran pasangan kembar popular, Muhammad Abid Othman dan Muhammad Amin.

Duo TikToker yang turut dikenali sebagai Amin X Abid itu membuat kemunculan pada hari kedua acara berkenaan yang berlangsung di Pavilion Bukit Jalil Exhibition Centre, pada Ahad.

Ketika ditemui mStar, dua beradik berusia 24 tahun itu turut mendedahkan mereka bakal mengeluarkan produk jenama sendiri, tidak lama lagi.

"Kalau kita lihat, pempengaruh seperti Khairul Aming popular dengan video masakan dan dia ada keluarkan produk sambal. Kami pula banyak buat video berkaitan inovasi dan kreativiti.

Come one, come all: Visitors at the Star Education Fair 2024 at the Pavilion Bukit Jalil Exhibition Centre. 24 AUG 2024 —CHAN TAK  KONG/The Star

Pameran Pendidikan Star 2024 diadakan selama dua hari pada 24 dan 25 Ogos.

"Jadi, kami merancang untuk mengeluarkan permainan D.I.Y box untuk kanak-kanak di luar sana, sekali gus membolehkan mereka belajar dan meneroka kreativiti melalui kit permainan ini.

"Kit permainan ini juga akan menarik minat mereka terhadap Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dan bidang Sains, Matematik, Kejuruteraan dan Teknologi (STEM).

"Kalau diizinkan, Insya-Allah, kami merancang untuk mengeluarkan produk ini di bawah syarikat sendiri pada tahun 2025," ujar Amin.

DAY 2: Star Education Fair 2024 at Pavilion Bukit Jalil. 25 AUGUST 2024一CHAN TAK KONG/The Star

Antara pempengaruh lain yang turut berkongsi kisah mereka menerusi Pameran Pendidikan Star 2024.

Dalam sesi bual bicara Educational Talks sempena Pameran Pendidikan Star 2024, Amin dan Abid turut menekankan kepentingan pendidikan terhadap anak muda, termasuklah mereka yang mahu berkecimpung sebagai pencipta kandungan dan pempengaruh.

"Video ilmiah yang dihasilkan dengan menarik, Insya-Allah akan kekal lama. Jadi, kalau nak kekal relevan dan diterima komuniti, kita kena masukkan ilmu pengetahuan dalam kandungan yang dihasilkan.

Amin Abid fibStar Education Fair. 25 AUG 2024 —CHAN TAK  KONG/The Star/IZZAT

Amin dan Abid merupakan antara pempengaruh yang dijemput berkongsi ilmu menerusi Pameran Pendidikan Star 2024.

"Ada orang anggap ilmu ini sekadar sijil semata-mata, ia dianggap seperti sekeping kertas. Sedangkan ilmu ini kita akan guna sepanjang hayat," ujar Abid pula.

Apa yang membanggakan, kembar itu merupakan pelajar kelas belakang ketika di bangku sekolah, namun usaha keras mereka akhirnya berjaya membuahkan hasil.

Dua beradik itu merupakan graduan Diploma Rekaan Industri daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang juga penerima Anugerah Naib Canselor (ANC).

ARTIKEL BERKAITAN: Pameran Pendidikan Star kembali, ‘influencer’ tegur sikap lepasan SPM tak mahu belajar... Sibuk nak jadi artis!

ARTIKEL BERKAITAN: Pasangan kembar kreatif buat hal lagi, hasilkan lampu berjurai guna sabut kelapa... Netizen cuak sangka hantu penanggal!

Pasangan kembar itu juga baru sahaja dinobatkan sebagai pemenang bagi kategori Education Creator Of The Year pada anugerah TikTok Malaysia 2024.

"Selepas menang anugerah, kami banyak dijemput oleh agensi kerajaan untuk terlibat dengan program-program. Banyak juga institut pengajian tinggi (IPT) yang panggil kami untuk bagi talk.

"Alhamdulillah, orang dah mula sedar kehadiran kami. Dulu kami buat video secara suka-suka saja. Tak sangka, kami dari kelas paling belakang, kini dinobatkan sebagai Education Creator Of The Year," ujar pasangan kembar itu lagi.

Star Education Fair. Early bird. 24 AUG 2024 —CHAN TAK  KONG/The Star

Pelbagai tarikan menanti pelawat sempena Pameran Pendidikan Star 2024.

Sesi bual bicara Educational Talks sempena Pameran Pendidikan Star 2024 turut menampilkan pempengaruh dan pencipta kandungan seperti Abang Lawyer, Syifaafandi, Auntie Purple dan Kak Dya.

Pameran Pendidikan Star 2024 yang memasuki tahun ke-37 penganjurannya diadakan selama dua hari pada 24 dan 25 Ogos.

Antara peserta pameran utama dalam penganjuran kali ini adalah Universiti Mahsa, Management and Science University, Universiti & Kolej SEGi, dan City University Malaysia.

DAY 2: MAHSA booth at Star Education Fair 2024 at Pavilion Bukit Jalil. 25 AUGUST 2024一CHAN TAK KONG/The Star

Pelbagai gerai pameran yang disediakan buat pengunjung Pameran Pendidikan Star 2024.

Ia turut disertai Universiti Meritus; Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM); CAE Kuala Lumpur, Universiti Elmu; Akademi Latihan Aeronautik Asia; dan akademi dandanan kucing dengan program yang diperakui TVET – Akademi JM oleh Just Pets Megastore.

Pameran Pendidikan Star merupakan salah satu acara pendidikan perintis negara yang menyediakan pelawat dengan program pendidikan yang terdiri daripada pra-universiti, diploma, sarjana muda dan pascasiswazah kepada kursus profesional dan vokasional dari pelbagai institusi tempatan mahupun antarabangsa.

Untuk butiran mengenai Pameran Pendidikan Star, layari facebook.com/stareducationfair atau e-mel [email protected].

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain