suria

Sedangkan lidah lagi tergigit... Hello pasangan muda, cuba elak 5 perkara ini!

Jangan sesekali memukul pasangan anda.

SETIAP perhubungan ada pasang surutnya dan tidak semuanya indah.

Realitinya sesebuah perhubungan tidak lengkap tanpa ada pergeseran pendapat atau pertengkaran kecil. Bak kata sesetengah orang, pergaduhan 'manja' itu pengikat hubungan.

Benar atau tidak, itulah hakikatnya bahawa tidak ada hubungan sempurna dalam percintaan mahupun perkahwinan.

ARTIKEL BERKAITAN: Bakal suami suka maki hamun, wanita akui geram sampai nak putuskan pertunangan - “Level dua pukul, tinggalkan je sebelum terlambat”

Kebiasaannya, 'taring' sebenar setiap pasangan itu akan terserlah selepas berkahwin.

Zaman bercinta, ayat semuanya manis-manis belaka, malah sanggup berhujan panas bersama kerana sayang, tetapi sebaliknya berlaku di alam berumahtangga.



Kekalkan hubungan mesra dan saling memahami dalam sesebuah perhubungan.

Jadi pastikan anda benar-benar mengenali tahap sikap pasangan sendiri sebelum memutuskan untuk bersama.

Bagi pasangan muda yang sudah berumahtangga, sikap sabar dan rasional perlu sentiasa tanam dalam diri masing-masing.

1. Tinggikan suara

Jangan jadikan pasangan anda itu tempat melepaskan marah. Jangan sesekali menengking ketika sedang bercakap. Lebih baik berdiam diri kalau tidak ada perkara elok untuk diluahkan.

2. 'Punching bag'

Golongan wanita sering menjadi mangsa kemarahan pasangannya walaupun hanya berselisih faham. Jika ada masalah luar, jangan dibawa balik ke rumah. Sebaliknya, cari masa sesuai dan berbincang secara tenang apa jua masalah yang dihadapi.



Setiap pasangan memerlukan masa sendiri bagi mengelakkan hubungan bertambah keruh ketika perselisihan faham berlaku. Gambar hiasan.

3. Mengungkit, jaga mulut!

Apa sahaja yang anda lakukan adalah untuk keluarga. Isteri atau suami jangan sesekali mengungkit apa yang anda buat atau berikan. Perkara sebegini boleh memberi kesan psikologi kepada pasangan masing-masing. Paling penting, jaga 'mulut' jangan bercakap mengikut perasaan.

4. Naik tangan

Orang tua sering berpesan, elakkan memukul isteri atau pasangan kerana sekali anda mula 'naik' tangan, ia akan berlaku lagi. Tindakan pukul ini dianggap virus dalam sesebuah perhubungan.

5. Perlu masa sendiri

Jika anda merasa ada bahang pergaduhan akan berlaku, seeloknya salah seorang daripada anda perlu berjauhan. Keluarlah dari rumah seketika menyedut udara sedar atau tenangkan fikiran sebelum pulang. Ia bukan bermakna anda tinggalkan pasangan masing-masing. Cuma kadang-kala anda perlukan masa untuk diri sendiri.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Pasangan muda, bertengkar, pukul, elak

Artikel Lain