suria

Ingat! Pelindung wajah tanpa mask tak berkesan elak jangkitan Covid-19

Penggunaan face shield tanpa mask tidak efektif dalam memberi perlindungan terhadap Covid-19.

PELINDUNG wajah atau face shield semakin menjadi pilihan ramai, selain mask bagi mencegah penyebaran Covid-19. Namun adakah penggunaan face shield tanpa mask dapat memberi perlindungan terhadap virus itu?

Jabatan Kesihatan di Switzerland menyarankan agar kita tidak hanya menggunakan face shield tanpa mask.

ARTIKEL BERKAITAN: Suka sangkut topeng muka di leher? Awas berlaku penyebaran kuman!

Ini kerana terdapat beberapa kes di negara itu di mana individu yang menggunakan pelindung wajah tetap terkena jangkitan virus itu sementara yang memakai mask selamat.



Cara pemakaian yang betul... Pelajar mengenakan face shield dan mask ketika berada dalam kelas.

Selain itu, penularan kes Covid-19 akibat penggunaan face shield tanpa mask dilaporkan di sebuah hotel di wilayah Graubunden di mana beberapa kakitangan dan tetamu disahkan positif.

Pejabat kesihatan wilayah itu turut mengesahkan semua yang terkena jangkitan itu hanya menggunakan pelindung wajah plastik dan tidak memakai mask.

Sebaliknya, tetamu hotel sama yang mengenakan mask tidak terkena jangkitan.

Sementara itu, pihak berkuasa ketika ditemuramah dalam sebuah program berita Swiss iaitu 20 Minutes memberitahu pelindung muka plastik sebenarnya tidak mampu mengekang penularan wabak.



Selain pemakaian face shield dan mask, kita juga disarankan untuk menjaga jarak dan kerap membasuh tangan.

Ini kerana ia tidak berfungsi sebagai alternatif penutup muka sebaliknya ia dapat menjadi pelindung sekiranya dipakai bersama mask.

Malah Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) pernah memberitahu penggunaan face shield tidak salah jika dipakai dengan betul termasuk mengenakan mask, menjaga jarak dan kerap mencuci tangan.

Ia menjadi perhatian memandangkan ia lebih mudah dibersihkan selain menutupi keseluruhan wajah serta lebih menarik.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain