TIDAK pernah sepi dengan produk penuh inovasi, syarikat teknologi terkemuka Vivo tampil dengan siri X terbaharu mereka iaitu X50 dan X50 Pro. Membawa hasrat untuk merevolusikan pengalaman fotografi mudah alih, dua peranti ini membolehkan pengguna mengabadikan kisah hidup mereka dengan kualiti penggambaran yang profesional. ARTIKEL BERKAITAN: Vivo S1 Pro pilihan tepat anak muda kaki swafoto Paling menarik tentunya fungsi bagi mengurangkan gegaran sewaktu rakaman mengunakan 'Sistem Kamera Gimbal' sekaligus membantu pengguna menghasilkan visual yang stabil. X50 dan X50 Pro turut menawarkan Extreme Night Vision (Super Night Mode) dan Starry Sky Mode yang membolehkan pengguna merakam gambar menakjubkan pada waktu malam. Antara lain, ia turut hadir dengan fungsi 120° Super Wide-Angle dan Super Macro bagi menghasilkan foto berkualiti profesional dalam pelbagai senario. Siri X50 dibina dengan skrin fleksibel yang lebih langsing. Malah, Mod Potret Vivo yang dikuasakan oleh algoritma penyembunyian empat lapisan juga membolehkan pengguna memisahkan subjek dari latar belakang dan menerapkan kesan berasingan untuk hasil yang lebih halus. Selain fungsi fotografi yang padu, ia juga dilengkapi dengan sistem penuh inovatif sekaligus memberi kelancaraan bagi penggunaan peranti berkenaan. Selain menyokong penyambungan 5G, ia turut dikuasakan oleh pemproses Qualcomm Snapdragon 765G bagi memberikan kelajuan pengkomputeran pantas dan keupayaan berbilang tugas yang lancar. Sistem Kamera Gimbal membantu pengguna menghasilkan visual yang stabil. Siri X50 juga dibina dengan skrin fleksibel yang lebih langsing, lebih ringan, dan lebih tahan lama. Bagi yang berminat, siri ini telah dilancarkan secara rasmi di Malaysia dengan harga RM2,399 untuk Vivo X50 dan RM3,199 untuk Vivo X50 Pro. Untuk pilihan warna, X50 hadir dalam pilihan warna Frost Blue dan Glaze Black manakala vivo X50 Pro pula ditawarkan dalam warna Alpha Grey. Fungsi Extreme Night Vision (Super Night Mode) dan Starry Sky Mode membantu anda rakam gambar berkualiti pada waktu malam. Dalam pada itu, Vivo juga melancarkan TWS Earphone Neo, fon telinga yang memberikan pengalaman audio berkualiti tinggi buat pencinta muzik. Dengan harga RM359, ia menampilkan fungsi AI Noise Cancelling untuk panggilan telefon yang lebih jelas dan beberapa kawalan pintar yang diaktifkan oleh suara. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!