suria

Tak payah guna penghawa dingin, ini 5 cara nak sejukkan rumah anda!

Penggunaan langsir dapat membantu sejukkan kediaman anda.

MENGHIDUPKAN penghawa dingin dalam rumah memang akan membuatkan kediaman terasa lebih sejuk terutamanya ketika pandemik di mana ramai memilih duduk di rumah berbanding berada di luar.

Bagaimanapun, penggunaan penghawa dingin atau aircond boleh membuatkan dahi anda berkerut apabila menerima bil elektrik pada penghujung bulan.

ARTIKEL BERKAITAN: Elak tersalah hantar mesej! Anda kini boleh tetapkan wallpaper berbeza untuk setiap perbualan di WhatsApp

Bagi mengatasi masalah itu, terdapat beberapa cara lain bagi membolehkan kediaman anda tetap berasa sejuk.

1. Memasang langsir

Sinaran matahari yang masuk ke dalam rumah memang bagus bagi kesihatan manusia tetapi ia juga mampu menyebabkan suhu kediaman meningkat.

Sebaik-baiknya pasang langsir yang menggunakan fabrik anti tembus iaitu menghalang sinaran matahari masuk melalui tingkap atau pintu kaca.

Pilih warna langsir yang terang kerana ia mampu memantulkan kembali cahaya sementara warna gelap menyerap cahaya dan membuatkan rumah bertambah panas.

2. Pelekat filem tingkap (tinted)

Jika penggunaan langsir dirasakan mengganggu pandangan anda, pertimbangkan untuk menampal pelekat filem tingkap. Ia bertujuan untuk memantulkan haba tanpa menutup pandangan di luar tingkap.

3. Pasang kipas angin dalam bilik air

Bahagian rumah yang paling lembap adalah bilik air kerana ia sentiasa dalam keadaan basah. Apatah lagi jika ada menggunakan air panas untuk mandi.

Udara lembap daripada bilik air akan tersebar ke kawasan rumah yang lain dan meningkatkan suhu.

Untuk mengatasi masalah ini, beli kipas angin khusus buat bilik air yang membantu menyedut udara lembap ke luar, serta membantu menjaga ruang itu agar tetap sejuk dan kering.

4. Tanaman hijau

Ruang yang dipenuhi dengan tumbuhan hijau biasanya akan lebih sejuk kerana ia menyerap udara panas secara semula jadi ketika proses fotosintesis.

Pilih tanaman yang berdaun besar dan lebat serta tanaman yang memerlukan sinaran matahari agar ia boleh diletakkan dekat dengan tingkap dan selebihnya biar proses semula jadi lakukan kerjanya!

5. Cadar linen, kapas

Elakkan penggunaan bahan sutera atau poliester untuk cadar bilik tidur kerana ia memerangkap haba dan kelembapan (peluh).

Pilih cadar yang diperbuat daripada linen atau kapas yang lebih sejuk dan selesa.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain