suria

Salah sendiri... Ini 5 sebab bil elektrik mencanak naik tanpa disedari

Tidak mencabut plug selepas digunakan antara sebab bil elektrik meningkat.

PENGGUNAAN elektrik sejak negara dilanda pandemik meningkat mendadak memandangkan semua anggota keluarga melakukan aktiviti di rumah.

Bayangkan kipas dan penghawa dingin sentiasa terpasang, anak-anak bermain telefon sambil mengecasnya, selain ada pula asyik menonton televisyen sampai ke malam.

ARTIKEL BERKAITAN: Ada 7 tabiat perbelanjaan yang boleh menyebabkan anda pokai... jom ubah cara berbelanja mulai sekarang!

Dalam situasi tidak menentu ini, kita seharusnya berjimat cermat serta memastikan semua peralatan elektrik yang tidak digunakan dipadamkan sepenuhnya agar bil elektrik tidak meningkat.

Bagaimanapun masih ramai melakukan 5 kesalahan ini yang menjadi punca bil elektrik mendadak setiap bulan.

1. Membiarkan lampu menyala

Matikan lampu di dalam bilik atau ruang lain ketika tidak menggunakannya. Ini adalah salah satu cara untuk menjimatkan elektrik.

Selain itu, apa kata tukar mentol lampu anda kepada jenis LED yang bukan sahaja tahan lebih lama tetapi kuasanya juga tidak membuatkan bil elektrik anda melambung.

2. Penghawa dingin tidak di selenggara

Salah satu punca utama bil elektrik meningkat adalah penghawa dingin yang tidak diselenggara menyebabkan tapisan udaranya menjadi kotor, tahap kesejukannya berkurangan serta tersumbat.

Apabila keadaan ini dibiarkan, penghawa dingin bukan sahaja tidak dapat berfungsi secara maksimum malah terpaksa bekerja lebih yang menyebabkan penggunaan elektrik bertambah.

Selain selenggara, cara untuk menjimatkan bil elektrik anda adalah dengan memasang penghawa dingin pada suhu di antara 20-24 darjah celcius.

3. Tidak mencabut plug

Jika sebelum ini anda hanya memadam televisyen dan tidak mencabut plug, sila berbuat demikian. Ini kerana aliran elektrik masih mengalir meskipun tidak digunakan.

4. Peralatan elektrik uzur

Menggunakan peralatan elektronik yang sudah lama merupakan salah satu sebab mengapa anda perlu membayar bil elektrik lebih banyak.

Sebenarnya, peralatan lama menggunakan lebih banyak tenaga berbanding model terkini yang direka bentuk dengan ciri penjimatan tenaga.

Peti sejuk yang dibeli berpuluh tahun lalu barangkali masih elok tetapi percayalah itulah punca bil elektrik bertambah.

5. Biarkan dalam mode 'standby'

Jika anda serius untuk mengurangkan bil elektrik yang melambung tinggi, cabut kabel komputer, televisyen dan alatan lain sekiranya ia tidak digunakan dan bukannya meletakkan ia dalam mode 'standby'.

Artikel Lain