RAMAI memilih untuk mencuba aktiviti berkebun di rumah sepanjang pandemik ini sebagai salah satu cara menghilangkan bosan dan terapi diri. Bagaimanapun cubaan itu seringkali tidak berjaya apabila tanaman tidak menjadi atau pun mati sebelum sempat merasai hasilnya.ARTIKEL BERKAITAN: Siapa sangka bunga raya, 5 rempah dan herba ini boleh bantu kuruskan badan! Sebenarnya bukan semua jenis tanaman seperti sayur-sayuran dan buah-buahan sesuai ditanam sebaliknya iklim, tanah dan cara penjagaan amat memainkan peranan. Pun begitu, terdapat lima jenis sayuran yang senang 'hidup' meskipun tanpa penjagaan rapi. 1. Tomato Tomato mudah ditanam tanpa memerlukan ruang yang luas dan apatah lagi bagi yang tinggi di apartment. Apa paling penting ia mendapat sinaran matahari yang cukup selain selalu disiram bagi membolehkan ia membesar dengan sihat. 2. Kacang bendi Kacang bendi antara sayuran yang mudah tumbuh di halaman anda. Bagaimanapun benihnya perlu dicambah dalam bekas kecil terlebih dahulu sebelum ia dipindahkan ke tanah. Menjaganya juga cukup senang dan ia tidak memerlukan terlalu banyak air untuk hidup. 3. Kangkung Kangkung paling senang tumbuh malah ia boleh membesar di mana sahaja. Bagi mendapatkan sayuran yang segar, kangkung memerlukan air yang cukup. 4. Bok Choy Hanya menabur benih bok choy dalam bekas campuran tanah, anda dapat menikmati sayuran segar dari ladang sendiri. Bagaimanpun pastikan bekas berisi benih itu ditutup dengan plastik dan mendapat pancaran matahari mencukupi. Selepas sepuluh hari, pindahkan tanaman itu ke kawasan lebih besar bagi membolehkan ia membesar. 5. Cili Cili juga mudah ditanam malah ia tidak memerlukan penjagaan rapi seperti tanaman lain. Paling penting, ia akan mula berbuah dalam tempoh 75 hari. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!