suria

Dr Azizan anjur ‘Bangkit Bisnes Dari Krisis 3.0’ secara percuma, mahu bantu usahawan terkesan pandemik

Program Bangkit Bisnes Dari Krisis 3.0 - Solusi Bisnes & Pemasaran Digital akan diadakan pada 27-29 Ogos ini.

SEJAK pandemik Covid-19 melanda negara kebanyakan usahawan berdepan dengan pelbagai cabaran dan masalah yang sekali gus mengubah landskap ekonomi dan kehidupan harian.

Pergerakan yang terbatas, penutupan sempadan dan sebahagian ekonomi mengakibatkan bukan sahaja perniagaan terjejas malah ada yang terpaksa gulung tikar kerana tidak mampu bertahan dengan situasi mendesak ketika ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

Timbalan Naib Presiden Kanan RichWorks International Sdn Bhd Radz Mohd berkata, pihaknya cukup memahami keadaan ini malah ramai usahawan yang berhubung dengan RichWorks di media sosial bagi mendapatkan panduan, nasihat dan bantuan untuk menyelamatkan perniagaan mreka.

"RichWorks cukup memahami keadaan ini namun apa yang mengkagumkan meskipun banyak perniagaan ditutup ada juga yang bukan sahaja bertahan malah menyaksikan perkembangan luar biasa ketika pandemik ketika ini," katanya.

Malah kata Radz, sejak pandemik melanda, RichWorks menerusi Mentor Usahawan dan Pakar Pemasaran No 1 Asia, Datuk Dr Azizan Osman mengadakan pelbagai program bagi membantu usahawan terkesan secara percuma dan ia mendapat sambutan luar biasa bukan sahaja daripada usahawan sedia ada malah bakal usahawan, suri rumah dan bekas graduan yang ingin memulakan perniagaan.

Disebabkan permintaan dan sambutan luar biasa daripada masyarakat, RichWorks buat pertama kali tampil dengan program khas - Bangkit Bisnes Dari Krisis 3.0 - Solusi Bisnes & Pemasaran Digital pada 27-29 Ogos ini.

F92BFDEA-5258-4E83-BCAA-ED2BB0775F20

RichWorks telah membantu ramai usahawan dalam perniagaan sehingga berjaya.

Tujuan program ini katanya, bagi mendorong kebangkitan usahawan ketika tempoh sukar ini menerusi beberapa modul dan intipati berbeza termasuk menekankan kepada isu semasa dalam dunia perniagaan dalam suasana pandemik.

"Terdapat dua kumpulan usahawan ketika pandemik iaitu mereka yang tidak nampak jalan menyebabkan sesetengah hanya mengeluh dan menyalahkan orang lain atau seorang yang berusaha mencari jalan penyelesaian.

"Pilihan sebenarnya ada di tangan kita sendiri untuk bertindak perbaiki bisnes dan mahu mendapatkan hasil yang mana. Seperti kata Dr Azizan, jangan anggap negara kita akan pulih (pandemik) dalam masa terdekat.

"Pandemik ini masalah satu dunia dan kita jangan hanya tunggu dan terperangkap dengan fikir bahawa semua akan kembali normal seperti dulu. Buatlah persediaan sekarang, hari ini untuk masa depan diri, keluarga malah negara kita,” jelasnya lagi.

Sehubungan itu, Radz menyeru usahawan-usahawan malah anggota masyarakat untuk hadir ke program Bangkit yang mana ilmu dan panduan penting dikongsikan oleh Dr Azizan sudah pun berjaya membantu ramai usahawan dengan lebih 700,000 orang telah dibimbing sejak bermula pandemik hingga kini.

“Ketika krisis ini, usahawan perlu tahu dan mengadaptasi norma baharu untuk mengikuti perubahan sikap yang berlaku disebabkan Covid-19 contohnya ramai orang mula membeli secara online, penggunaan platform e-dagang, bekerja dari rumah dan lain-lain,” jelasnya.

Sementara itu, Radz memberitahu pihaknya menjangkakan seramai 100,000 perserta akan menyertai program tiga hari itu dan berharap ia dapat membantu usahawan atau bakal usahawan mendapat ilmu dalam memantapkan pengetahuan mereka dalam perniagaan.

Bagi yang ingin mendaftarkan diri dalam program percuma itu, boleh melayari www.richworks.com/bangkit

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain