EMOJI lelaki mengandung dijangka 'tiba' di telefon pintar anda seawal hujung tahun ini selepas ia dimuktamadkan oleh organisasi yang mengawal selia standard emoji dunia, Unicode Consortium. Organisasi berkenaan secara rasminya mengumumkan sejumlah 37 emoji baharu akan tersedia dalam kemas kini terbaharu versi 14.0. ARTIKEL BERKAITAN: Lebih mudah cari semula mesej lama di WhatsApp dengan ciri baharu ‘Chat Search’ Ini bakal menjadikan jumlah keseluruhan emoji meningkat kepada 3,633. Menurut Unicode Consortium, emoji lelaki mengandung diwujudkan bertujuan untuk mempromosi kepelbagaian jantina. Antara emoji baharu lain yang bakal muncul dalam kemas kini versi 14.0. Antara emoji lain yang bakal diperkenalkan termasuk wajah cair, tabik hormat, mengetap bibir, ‘mini love’ dan juga emoji bersalaman antara pelbagai warna kulit. Idea untuk mewujudkan emoji lelaki mengandung pertama kali dicadangkan pada bulan Julai lalu ketika Hari Emoji Sedunia pada 17 Julai. Walaupun emoji baharu telah dimuktamadkan, ia biasanya akan memakan masa selama beberapa bulan sebelum tersedia di dalam peranti telefon pintar kerana syarikat seperti Apple dan Google akan mereka bentuk emoji mereka sendiri berdasarkan standard Unicode. Dikhabarkan, kemas kini emoji 14.0 itu akan tersedia untuk pengguna seawal akhir tahun ini atau awal tahun hadapan. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI