suria

Ciri baharu dalam iOS 15 boleh buatkan lagu sedih menjadi lebih syahdu

Pengguna iPhone kini boleh memainkan lagu dengan tambahan bunyi latar belakang.

MINGGU lalu, jenama gajet terkemuka, Apple secara rasminya melancarkan peranti mudah alih yang ditunggu-tunggu ramai, iaitu iPhone 13 yang bakal dibuka untuk pra-tempahan mulai 1 Oktober ini.

Selain iPhone 13, Apple turut mengumumkan kemas kini baharu sistem operasi iPhonenya, iOS 15 yang sudah dilancarkan kepada umum sejak 20 September lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Apple turunkan harga iPhone 12, mungkin ini masa terbaik miliki telefon baharu

Pengguna iPhone yang telah mengemas kini sistem operasi tersebut di telefon pintar mereka menyedari satu ciri yang memberi pengalaman mendengar muzik yang lebih baik.

Kemas kini iOS 15 hadir dengan satu ciri tetapan yang membolehkan pengguna menambah bunyi alam sekitar seperti hujan atau lautan sebagai bunyi latar belakang ketika mendengar lagu-lagu kegemaran mereka.

Ramai yang menyarankan pengguna iPhone lain untuk mendengar lagu sedih sambil memainkan bunyi hujan sebagai latar bagi mewujudkan suasana yang lebih suram.



Ciri iOS 15 baharu yang membolehkan pengguna memainkan bunyi latar belakang.

Cara-cara untuk menghidupkan ciri-ciri berkenaan adalah seperti berikut:

1. Buka tetapan (setting) dan pergi ke bahagian ‘Accessibility

2. Kemudian pergi ke bahagian ‘Hearing’ dan pilih ‘Audio/Visual

3. Pilih ‘Background Sounds

4. Hidupkan suara latar belakang dengan menekan butang on/off

5. Tekan butang ‘Sounds’ dan bilih salah satu daripada enam pilihan bunyi

6. Anda boleh tetapkan sekuat mana bunyi latar belakang dimainkan

7. Jika anda mahu suara latar belakang dimainkan ketika mendengar lagu, hidupkan butang ‘Use When Media is Playing

Enam bunyi yang tersedia adalah ‘balanced noise', 'bright noise', 'dark noise', bunyi lautan, hujan dan juga arus air.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain