CECAIR antiseptik merupakan bahan pembunuh kuman yang bermanfaat untuk menjaga kebersihan tubuh. Ia juga dikenali sebagai pembasmi kuman, kerana kemampuannya membunuh dan menghalang perkembangan kuman pada kawasan yang hidup, seperti tubuh manusia, permukaan objek dan lain-lain.ARTIKEL BERKAITAN: Kajian terbaharu dapati risiko jangkitan berulang Omicron 5 kali ganda, booster tingkat keberkesanan vaksin 55 hingga 80 peratusARTIKEL BERKAITAN: Selepas guna biarkan pintunya terbuka jika mahu mesin basuh tahan lama Namun, selain berguna untuk melindungi kulit tubuh daripada kuman, cecair ini boleh digunakan untuk berbagai aktiviti di rumah. Artikel ini membahas empat manfaat cairan antiseptik untuk kerja-kerja di rumah, diantaranya; 1. Campuran untuk merendam pakaian kotor Selain dari menggunakan air dan bahan pencuci, anda juga boleh memasukkan cecair antiseptik ke dalam pakaian kotor yang direndam. Seperti yang diketahui, penggunaannya memberikan perlindungan tambahan daripada kuman dan bakteria penyebab penyakit yang melekat pada pakaian. 2. Bahan untuk mencuci pelitup muka Ketika berada di luar rumah, topeng muka yang digunakan perlulah sentiasa berada dalam keadaan bersih dan selamat dipakai. Oleh itu, pastikan segera rendam pelitup muka dalam campuran air dan cecair antiseptik selepas digunakan. Untuk memastikan ia berada dalam keadaan selamat, cuba rendam pelitup muka kain dalam bekas khas yang berasingan daripada pakaian lain. 3. Membersihkan permukaan objek di rumah Biasanya cecair antiseptik boleh digunakan untuk membersihkan permukaan objek di dalam rumah bermula dari meja, ruang dapur, tombol pintu, alat pembersihan rumah sehinggalah alat permainan kanak-kanak. 4. Membersihkan lantai Cecair itu juga boleh digunakan untuk membersihkan permukaan lantai rumah anda, bukan sahaja boleh membunuh kuman malah memberikan perlindungan tambahan kepada penghuni rumah. Info penting Cecair antiseptik terbukti berkesan melawan kuman. Meskipun begitu, perhatikan arahan penggunaan dibelakang botol dahulu sebelum digunakan dalam aktiviti rumah. Berdasarkan manfaat cairan antiseptik yang diterangkan - jelas terbukti ia mampu digunakan dalam berbagai aktiviti baik di dalam mahupun di luar rumah dengan tujuan yang sama iaitu membunuh kuman. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI