PERCAYA atau tidak, kewujudan bandar tertua yang didiami di dunia ini telah melebihi 11,000 tahun setakat hari ini. Dunia kini yang semakin berkembang telah membawa kepada pembangunan infrastruktur besar di dunia. ARTIKEL BERKAITAN: Tak hirau busuk, basah... 6 sahabat baru pulang bercuti bantu selamatkan kucing cacat dan terbiar di pusat perlindungan terkesan banjir Bagaimanapun, tidak banyak bandar mengekalkan wajah sama untuk masa yang lama. Persekitaran bandar sering berubah dan berkembang kerana pembangunan yang menjadikannya lebih indah. Berikut adalah sembilan bandar telah membangun lebih pesat daripada yang lain, antaranya: 1. Hong Kong: 1960-an dan masa kini Hong Kong adalah salah satu destinasi paling popular di dunia.Jika anda melihat perbezaannya, ia benar-benar ketara! Ia kelihatan seperti dunia lain hari ini. 2. Toronto, Kanada: 1930 dan sekarang Tidak dinafikan lagi, Toronto adalah tempat paling popular di Kanada.Populariti datang dengan pembangunan besar-besaran juga dan inilah perkembangan yang jelas itu. 3. Nairobi, Kenya: 1960-an dan sekarang Nairobi di Kenya telah berkembang pesat dalam beberapa tahun kebelakangan ini juga.Tempat itu telah menyaksikan perkembangan infrastruktur besar-besaran baru-baru ini! 4. Melbourne, Australia: 1920 dan hari ini Melbourne ialah destinasi impian untuk kebanyakan orang! Sama ada untuk belajar atau menetap, Melbourne sentiasa di senarai teratas.Ini kerana perkembangan besar-besaran yang telah dilaluinya selama ini! 5. Dubai, UAE: 1980-an dan hari ini Jika ada satu tempat yang telah mengubah cara dunia memandangnya, ia adalah Dubai!Sumber minyak yang banyak merupakan salah satu faktor kenapa ia membangun dengan pesat sekali. 6. Shanghai, China: 1990 dan masa kini Shanghai juga dikenali sebagai salah satu tempat tercantik di dunia dengan kedudukannya yang dekat dengan laut.Melihat foto pemandangannya masa kini, anda pasti bersetuju dengan kenyataan diatas! 7. Singapura: 1960-an dan sekarang Singapura berada dalam liga Dubai apabila melibatkan pembangunan. Hari ini, ia adalah salah satu negara yang paling maju di dunia. 8. Fortaleza, Brazil: 1980 dan sekarang Brazil adalah salah satu negara yang paling pesat berkembang di dunia.Oleh itu, tidak hairanlah bahawa salah satu tempat di Brazil telah masuk ke dalam senarai ini! 9. Seoul, Korea Selatan: 1950 dan masa kini Kemunculan mendadak K-Drama telah mengubah cara dunia memandang Korea Selatan.Tetapi sebelum semua itu menjadi terkenal, pembangunan di negara ini membuatkan dunia menyedari negara Asia ini! Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI