suria

Akibat ditimpa musibah... 8 bandar di dunia batal rai kedatangan Tahun Baharu 2022, check-out lokasi terakhir dalam senarai

Sejumlah kota besar di dunia membatalkan perayaan tahun baru 2022 untuk mencegah penularan Covid-19, terutama varian Omicron.

SELAMA ini, sambutan tahun baharu sentiasa menjadi tarikan pelancong di bandar-bandar besar.

Konsert sehingga ke pertunjukan bunga api biasanya memeriahkan ambang tahun baharu.

ARTIKEL BERKAITAN: Berubah wajah seiring peredaran zaman, ketahui 9 bandar ikonik di dunia

Bagaimanapun, pandemik Covid-19 yang berterusan menjadikan sambutan itu mustahil.

Sebilangan bandar utama di dunia telah membatalkan sambutan tahun baharu 2022 bagi mencegah penularan Covid-19, terutamanya varian Omicron.

Varian ini merebak lebih cepat daripada varian Delta, jadi ia diramalkan akan mencetuskan kenaikan dalam kes baharu.

Berikut adalah lapan bandar utama di beberapa negara yang memutuskan untuk tidak meraikan kedatangan 2022.

berlin new year

1. Berlin, Jerman

Dipetik daripada CNN, kerajaan Jerman mengharamkan sambutan tahun baharu dan mengenakan sekatan hubungan mulai 28 Disember.

Kerajaan hanya membenarkan perhimpunan dengan maksimum 10 orang. Peraturan ini menjadikan pesta bunga api yang biasanya diadakan di Berlin, Frankfurt dan Munich tidak menjadi kenyataan.

2. Edinburgh, Scotland

Menteri Pertama Scotland, Nicoala Sturgeoun berkata, sambutan tahun baharu yang dikenali sebagai Hogmanay di Scotland telah dibatalkan.

Langkah ini diambil untuk menghalang penyebaran varian Omicron.

3. London, England

Datuk Bandar London Sadiq Khan membatalkan sambutan kedatangan 2022 di Dataran Trafalgar di mana ia dirancang akan dihadiri seramai 6,500 orang.

4. New Delhi, India

Kerajaan India juga telah mengharamkan semua perhimpunan, perayaan termasuk sambutan tahun baharu.

Namun, bar dan restoran masih dibenarkan beroperasi pada kapasiti maksimum 50 peratus.

5. Paris, Perancis

Paris membatalkan pertunjukan bunga api di Champs-Elysées Avenue untuk menyambut Tahun Baharu 2022.

“Pesta bunga api tidak akan berlaku, dan malangnya tidak akan ada set DJ,” kata Pegawai Datuk Bandar Paris, Anne Hidalgo.

6. Rio de Janeiro, Brazil

Sambutan ambang tahun baharu di Rio de Janeiro juga dibatalkan berdasarkan saranan pakar untuk mencegah penularan Covid-19.

7. Rom, Itali

Varian Omicron yang tersebar di Eropah membuatkan kerajaan Rom membatalkan sambutan tahun baharu. Wilayah Campania juga melarang pesta dan pengambilan alkohol di khalayak ramai dari 23 Disember hingga 1 Januari 2022.

Venice juga telah membatalkan konsert terbuka dan bunga api menjelang tahun baharu.

8. Kuala Lumpur, Malaysia

Berbeza pula di ibu kota Malaysia, sambutan kedatangan 2022 telah dibatalkan dan digantikan dengan doa selamat bagi menghormati dan simpati kepada mangsa banjir yang melanda beberapa negeri.

Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi laman Facebook beliau.

Malahan, beliau telah meminta Menteri Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Idris Ahmad, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) mengadakan solat hajat dan Malaysia Berzikir Ambang 2022 di Masjid Putra, Putrajaya.

Keputusan yang dibuat semata-mata untuk memastikan keselamatan ramai kerana sememangnya diketahui seluruh dunia terkesan dengan wabak Covid-19, bagaimanapun Malaysia lebih terkesan kerana rakyatnya turut berhadapan kesusahan akibat bencana banjir.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain