suria

Jom ambil tahu 5 sebab kenapa azam tahun baharu anda sering gagal

Semangat dan motivasi untuk azam tahun baharu pada mulanya tinggi tetapi sering gagal menjadi kenyataan dari masa ke masa.

TAHUN baharu adalah tentang permulaan yang penuh azam dan bersemangat dengan semua perkara yang dihajati diharapkan dapat menjadi realiti.

Memasuki tahun baharu kebanyakan individu biasanya akan berasa lebih teruja dan bertenaga seolah olah segala impian yang sebelum ini terkubur dirasakan boleh dicapai.

ARTIKEL BERKAITAN: Nak tidur lebih nyenyak... penderita insomnia wajib cuma 5 teh herba ini

Sebab itulah mengapa ramai orang membuat keputusan untuk menetapkan azam tahun baharu, sama ada komitmen kepada diri sendiri dan beberapa jenis janji untuk menjadi lebih baik.

Walaupun semangat dan motivasi pada mulanya tinggi dari masa ke masa, resolusi tersebut sering gagal menjadi kenyataan.

Berikut adalah lima sebab azam tahun baharu gagal.

1. Menetapkan matlamat yang tidak realistik

Resolusi adalah mengenai perkara anda mahu lakukan dan bukannya apa yang 'harus' dilakukan.

Seperti dilaporkan oleh Times of India, masih terdapat sebilangan orang menetapkan matlamat terlalu sukar dan cepat menjadikan ia lebih susah untuk dicapai.

2. Persekitaran positif

Apabila anda percaya diri boleh mengikut langkah demi langkah resolusi yang diinginkan, kemungkinan untuk mencapai azam itu adalah lebih tinggi.

Elakkan diri daripada berada dengan orang yang suka menghabiskan masa dan tenaga secara sia-sia, sebaliknya berkawanlah dengan orang yang menaikkan semangat dan sering memberi sokongan kepada anda, terutamanya apabila berasa sedih dan hampir putus asa untuk meneruskan azam tersebut.

3. Tiada kemajuan

Kadang-kadang menyedari perlunya ada kemajuan dalam hidup adalah perkara yang menjadi pencetus untuk anda berjaya.

Apa yang sudah diukur itu akan cuba dilakukan dan apa yang dilakukan membolehkan kita mencapai kemajuan.

4. Tiada perancangan

Perancangan yang teratur sentiasa diperlukan untuk mendapatkan keputusan yang baik.

Lebih realistik jika anda merancang langkah-langkah atau tindakan dalam mencapai matlamat, memecahkannya kepada bahagian yang lebih kecil dan mencatatnya dalam nota peribadi atau diari.

Ini meningkatkan peluang anda untuk berjaya, terutamanya apabila ia berkaitan dengan matlamat jangka panjang.

5. Keraguan pada diri

Jangan biarkan kegagalan masa lalu menentukan masa depan anda. Sebaik sahaja anda belajar daripada kesilapan, sudah tiba masa untuk perbaikinya.

Setiap kemenangan kecil harus diraikan kerana ia mendorong anda untuk bekerja lebih keras dalam mencapai perkara lebih besar.

Mengkritik atau tidak yakin pada diri sendiri tidak membantu kerana ia menumpukan semua perhatian dan tenaga anda dengan mempersoalkan diri.

Ingat bahawa kemajuan adalah lebih baik daripada kesempurnaan, dan jika percaya pada diri sendiri, anda boleh mencapai banyak perkara dengan perancangan, pelaksanaan, pembelajaran, mendapatkan bantuan dan bimbingan yang betul.

Adalah penting untuk berhati-hati, bertanggungjawab, kekal komited dan berikan semua tumpuan untuk menyelaraskan tenaga, minda dan tindakan anda untuk berpegang pada azam tahun baharu.

Setelah mengetahui punca kegagalan azam tahun baharu, cuba jangan terlalu menekan atau memandang rendah pada diri sendiri dan paling penting nikmati proses perubahan dan transformasi hidup yang sedang anda lalui.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain