suria

Ada 3 cara mudah nak halau lalat di rumah, jom cuba!

Kehadiran lalat bukan sahaja menganggu tetapi boleh menyebabkan masalah kesihatan.

SALAH satu serangga sering ditemui di dalam rumah adalah lalat yang kehadirannya bukan sahaja mengganggu tetapi juga boleh menyebabkan masalah kesihatan apabila ia menghinggap pada makanan.

Lalat dapat membiak sepanjang tahun terutamanya dalam cuaca panas serta mudah lolos ke dalam rumah menerusi pintu, celah-celah lubang dan sebagainya.

ARTIKEL BERKAITAN: Hello newbie! Jangan main siram je... ketahui 6 petua jaga kaktus

Secara umumnya, lalat dapat hidup di antara 10 ke 25 hari namun mampu bertelur beratus kali dalam tempoh itu.

Untuk mengatasi masalah lalat di rumah anda, berikut adalah cara mudah untuk mengusirnya.

Lalat 4

1. Singkir semua potensi makanan lalat

Najis haiwan peliharaan, sampah, makanan terdedah adalah tempat kesukaan lalat. Jadi untuk itu, penting membersihkan semua tempat kegemaran serangga ini dengan kerap agar ia tidak mengundang kehadiran serangga itu.

Tidak hanya kebersihan di dalam rumah terutamanya dapur, kawasan luar rumah juga perlu dibersihkan agar tidak dikerumuni lalat.

Bersihkan sumber air bertakung, najis haiwan peliharaan serta memastikan sampah dan sisa makanan yang dibuang ke dalam tong sampah ditutup rapat.

Lalat 5

2. Perangkap lalat DIY

Dengan hanya menggunakan botol plastik kosong berukuran dua liter anda boleh membuat perangkap lalat.

Caranya juga mudah - potong sepertiga bahagian atas botol dan kemudian tuangkan sesuatu yang manis di bahagian bawah botol seperti air gula untuk 'mengumpan' lalat.

Terbalikkan bahagian atas botol dan letakkan di bahagian tempat lalat sering hinggap seperti di tepi tong sampah. ia akan menarik lalat masuk ke dalam perangkap dan tidak boleh keluar.

Jika air gula tidak menarik minat lalat, cuba tambahkan sisa daging atau makanan yang ingin dibuang ke dalamnya.

Selain itu anda juga boleh mengisi mangkuk dengan sedikit cuka epal, satu sudu gula dan setitis sabun pencuci pinggan. Aroma daripada bahan-bahan itu akan menarik kehadiran lalat lalu ia tenggelam dalam campuran tersebut.

Perangkap Lalat

3. Perangkap cahaya ultra violet

Lalat cukup tertarik dengan gelombang cahaya seperti ultra violet. Perangkap lalat lampu ini menggabungkan cahaya ultra violet dengan perangkap rahsia, iaitu pelekat yang mampu memerangkap lalat.

Bagaimanapun, jika menggunakan alat ini, pastikan meletakkannya pada ketinggian tempat lalat berada iaitu sekitar satu ke dua meter dari lantai.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain