suria

Bukan sahaja bersihkan diri, ada sebab lain mengapa si bulus suka menjilat dirinya

Ada pelbagai sebab mengapa kucing gemar menjilat dirinya sendiri.

KUCING adalah salah satu haiwan peliharaan paling popular di dunia kerana ia sangat manja, mudah diuruskan selain pembersih.

Secara umumnya, si bulus dapat menghabiskan 50 peratus daripada waktunya untuk membersihkan diri dan kucing lain.

ARTIKEL BERKAITAN: Ada 5 tempat kucing suka tidur, salah satunya bilik tuan sendiri... kenapa ya?

Malah bagi ibu kucing yang baru melahirkan, ia akan menjilat anak kucing dengan lidahnya yang kasar untuk membantu merangsang pernafasannya.

Kemudian, ketika anak kucing mula menyusu, ia akan memberikan 'urutan' lidah pada bahagian anus untuk membantu merangsang proses pembuangan air besar.

brown+and+white+tabby+cat+licking+his+paw-min

Lidah kucing yang tajam membantu membersihkan dirinya dengan lebih baik.

Anak kucing pula akan meniru induk mereka, mula membersihkan diri sendiri ketika usia mereka memasuki beberapa minggu.

Sebenarnya, kucing menjilat diri sendiri bukan sahaja kerana ia seekor haiwan pembersih, tetapi ada beberapa sebab lain ia berbuat demikian.

1. Membersihkan luka

Kucing mencuci luka mereka untuk mencegah daripada jangkitan lain. Menjilat luka dengan lidahnya yang kasar boleh menghilangkan sel kulit mati.

GettyImages-596436301-58bc6ba73df78c353cfbf48d

Menjlit dirinya sendiri juga adalah satu bentuk terapi.

2. Menyembunyikan aroma

Indera bau kucing 14 kali lebih kuat daripada manusia. Sebahagian besar pemangsa, termasuk kucing akan mengesan mangsa melalui aroma.

Kucing liar biasanya akan cuba menyembunyikan anak-anaknya yang masih kecil dengan menghilangkan bukti dan caranya tentu sekali mencuci diri mereka secara menyeluruh termasuk selepas menyusu.

Malah sekiranya ada anak-anaknya yang mati, si ibu tidak akan membiarkannya begitu sahaja sebaliknya akan menggali lubang dan menanam bangkainya agar tidak dapat dikesan pemangsa.

shutterstock_1353356147-1

Kucing juga akan membersihkan kucing yang lain.

3. Merawat bulu dan kulit

Ketika kucing menjilat dirinya sendiri, lidah mereka yang seperti duri akan merangsang kelenjar sebaceous yang terdapat pada pangkal bulu dan menyebarkan sebum yang dihasilkan ke seluruh bulu mereka.

Penjagaan diri ini juga turut membantu membersihkan lapisan kotoran dan parasit seperti kutu, hama dan sebagainya.

Kucing juga tidak mempunyai kelenjar peluh, jadi air liur mereka membantu menyejukkan badan pada hari yang panas.

4. Aktiviti santai, terapi

Grooming yang dilakukan sendiri kucing dapat menjadi terapi kepadanya dan sebab itu juga ada kucing turut membersih dan menjilat bulu kucing lain.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain