MASALAH kulat seperti ringworm atau dermatophytosis adalah salah satu penyakit yang kerap menyerang si bulus terutamanya kucing jalanan. Terdapat beberapa tanda kucing anda mengalami masalah kulat seperti luka di bahagian kepala, telinga, leher dan kaki bahagian depan.ARTIKEL BERKAITAN: Suka sangat si bulus tenung wajah tuannya... takut dan sayang antara penyebabnya Kulat itu bukan sahaja mudah berjangkit kepada kucing yang lain ia boleh menyebabkan masalah lain seperti kemunculan kurap yang berwarna merah-kemerahan dan bulunya akan gugur. Asam jawa dan daun sireh dikatakan mampu merawat luka dan masalah kulat pada kucing. Sekiranya kucing anda mengalami gejala-gejala tersebut, sebaik-baiknya segera membawanya ke klinik veterinar untuk mendapatkan rawatan sebaiknya. Tindakan membiarkan perkara itu dan menganggap ia akan pulih dengan sendirinya boleh menyebabkan kucing anda dalam keadaan bahaya termasuk kematian. Bagaimanapun ada pula yang menyarankan rawatan dengan menggunakan bahan semula jadi seperti daun sireh dan asam jawa untuk menangani masalah kulat pada kucing.Dikatakan, daun sireh yang ditumbuk dan digaul bersama asam jawa boleh disapu ke bahagian yang terkesan dan ia akan sembuh dengan lebih cepat. Jika kucing menunjukkan sebarang masalah adalah lebih baik membawanya ke klinik. Namun adakah benar dua bahan ini dapat memulihkan penyakit itu? Sebenarnya tiada bukti secara sainstifik menunjukkan bahawa asam jawa dan daun sireh mampu menghilangkan kulat pada kucing malah ia jauh daripada standard perubatan haiwan. Sebaliknya, perkara utama yang perlu dilakukan oleh pemilik kucing adalah dengan terus membawanya berjumpa doktor untuk diperiksa tahap penyakit yang dialami si bulus. Kebiasaannya, doktor haiwan akan membuat pemeriksaan sampel bagi menentukan masalah sebenar dihadapi selain memberi ubat-ubatan yang sesuai kepada kucing. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI