suria

Cari telefon pintar harga murah? Jom ‘window shopping’ 5 gajet bawah RM1,000 dalam pasaran

Redmi Note 11S tersenarai sebagai telefon pintar berharga bawah RM1,000.

PADA ketika ini terdapat banyak pilihan telefon pintar di pasaran dan pastinya ramai antara kita masih tercari-cari peranti berkenaan dengan harga mampu milik.

Selain pelbagai diskaun daripada wakil jualan jenama telefon pintar itu sendiri, syarikat telekomunikasi juga rancak menyediakan tawaran pembelian secara kontrak dengan kaedah pembayaran fleksibel.

Bagi membantu anda, kami senaraikan lima telefon pintar bajet dengan harga kurang daripada RM1,000 namun lengkap dengan spesifikasi terkini yang sesuai untuk kegunaan harian mahupun pembelajaran.

1. HUAWEI nova Y90

HUAWEI nova Y90 ialah tambahan baharu kepada barisan siri nova Y (baru dilancarkan pada pertengahan Julai 2022) - melanjutkan siri ini dengan pilihan telefon pintar berteknologi tinggi penuh gaya, reka bentuk lebih elegan, dan pengalaman interaktif yang canggih.

HUAWEI nova Y90

HUAWEI nova Y90.

Siri HUAWEI nova Y menawarkan pengguna dengan pengalaman terbaik, menggabungkan teknologi dan fesyen menerusi ciri skrin besar yang praktikal, hayat bateri yang panjang dan storanluas, rupa yang canggih, pengalaman lancar dan reka bentuk berkualiti.

Telefon ini benar-benar membangkitkan semangat penerokaan yang tidak terhingga dengan modul kameranya yang diinspirasikan oleh reka bentuk Space Ring HUAWEI, yang melambangkan gerbang antara bintang melalui angkasa dalam filem sains fiksyen.

Dengan perincian yang futuristik untuk reka bentuknya, nova Y90 adalah salah satu pilihan utama bagi senarai telefon pintar bajet di bawah RM1,000.

Spesifikasi:

⦁ 6.7 FHD+

⦁ 94% nisbah skrin badan

⦁ Kadar refresh skrin 90Hz

⦁ Chipset Snapdragon 680

⦁ 50+2+2 tiga kamera utama

⦁ Kamera hadapan 8 MP

⦁ Cap jari sisi

⦁ Bateri 5000 mAh

⦁ Kelajuan pengecasan 40W

⦁ 8GB RAM + 128GB Storan

Harga: RM999

2. Oppo A76

Salah satu juara siri A pertama Oppo telah kembali pada Februari 2022 dengan versi dipertingkatkan yang menyediakan sambungan lebih baik untuk menampung sambungan 5G.

Oppo A76 mempunyai skrin kaca besar 6.56 inci yang berfungsi dengan baik dalam semua keadaan pencahayaan, walaupun pada hari ketika matahari sangat terang.

Walaupun peranti itu mempunyai titik harga terendah dalam senarai iaitu hanya pada RM889, jenama peranti ini juga menyediakan pelindung skrin mudah digunakan selain sarung silikon yang dimuatkan di dalam kotak.

Oppo A76

Oppo A76.

Oppo A76 lebih menonjol kerana reka bentuknya yang cantik dan mewah. Untuk menjadikan peranti ini lebih mesra pengguna, pengimbas cap jari telah dipindahkan ke butang kuasa yang dipasang di sisi pada bahagian bawah peranti.

Perubahan ini merupakan satu idea baik yang dipertimbangkan oleh pereka bentuk yang sesuai dengan bingkai telefon yang lebih besar.

Selain menandingi pesaing daripada segi prestasi dan nilai, Oppo A76 juga lengkap dengan storan UFS 2.2 yang merupakan ciri yang meningkatkan prestasi telefon pintar berkenaan apabila menggunakan atau melancarkan aplikasi.

Spesifikasi:

⦁ 6.56"

⦁ 83.1% nisbah skrin badan

⦁ Kadar refresh skrin 90Hz

⦁ Chipset Snapdragon 680

⦁ 13+2 Dwi kamera utama

⦁ Kamera hadapan 8 MP

⦁ Cap Jari Sisi

⦁ Bateri 5000 mAh

⦁ Kelajuan pengecasan 33W

⦁ 8GB RAM + 128GB Storan

Harga: RM889

3. vivo Y33s 4G

Tiba masanya untuk memperkenalkan vivo Y33s 4G, tambahan terbaru jenama itu kepada siri Y yang popular dengan reka bentuk dan fungsinya.

Telefon ini juga mempunyai gaya serupa dengan vivo X60, tetapi bercirikan resolusi HD+ yang jelas dan bezel lebih nipis.

Selain itu ia tampil dengan sudut tontonan peranti yang luas dan produksi warna tepat untuk memberikan pengalaman tontonan yang menyeronokkan.

vivo Y33s 4G.

vivo Y33s 4G.

Y33s 4G dilengkapi dengan salah satu chipset Mediatek Helio G80 yang terbaharu, memberikan pengalaman yang lancar dan pantas.

Peranti ini juga sebagai upgrade daripada telefon kos rendah biasa yang lain. Selain chipset yang mantap, ia juga memiliki jumlah memori akses rawak (RAM) yang banyak, membolehkan pelbagai aplikasi dijalankan secara serentak tanpa lag.

Spesifikasi:

⦁ 6.58 FHD+

⦁ 83.76% nisbah skrin badan

⦁ Kadar refresh skrin 60Hz

⦁ Chipset MTK Helio G80

⦁ 13+2 Dwi kamera utama

⦁ Kamera hadapan 8 MP

⦁ Cap jari sisi

⦁ Bateri 5000 mAh

⦁ Kelajuan pengecasan 18W

⦁ 8GB RAM + 128GB Storan

Harga: RM999

4. Redmi Note 11S

Jika anda sedang mencari yang terbaik daripada pelbagai ciri, Redmi Note 11S adalah jawapannya kerana dikategorikan sebagai kamera harian atau peranti pintar serba guna.

Ciri Redmi Note 11S yang paling menarik ialah kamera 108 megapikselnya, yang menggunakan sensor HM2 Samsung untuk menghasilkan imej menakjubkan.

Fokus untuk penggunaan multimedia yang serasi dengan julat harganya, Redmi Note 11S memenuhi semua permintaan anda.

Ia bukan sahaja dilengkapi dengan konfigurasi empat kamera, malah paparannya juga menampilkan kadar refresh 90 Hz dan skrin FHD+ AMOLED 6.43 inci supaya anda boleh mengagumi ciptaan anda tanpa kehilangan satu piksel pun dalam imej.

Spesifikasi:

⦁ 6.43 FHD+

⦁ 84.5% nisbah skrin badan

⦁ Kadar refresh skrin 90Hz

⦁ Chipset MTK Helio G96

⦁ 108+8+2+2 Empat kamera utama

⦁ Kamera hadapan 16 MP

⦁ Cap jari sisi

⦁ Bateri 5000 mAh

⦁ Kelajuan pengecasan 33W

⦁ 8GB RAM + 128GB Storan

Harga: RM999

Samsung A23 4G

Samsung A23 4G.

5. Samsung A23 4G

Siri Samsung A secara konsisten menjadi salah satu telefon pintar yang popular di pasaran sejak peringkat permulaan lagi kerana ia dapat memenuhi jangkaan pengguna dan berfungsi sebagai teman harian yang boleh dipercayai.

Keseluruhan reka bentuk adalah berdasarkan keperluan dan kegunaan pengguna setiap hari, sama ada merakam imej dengan persediaan kamera utama 50MP atau membuat panggilan video kerja selama berjam-jam.

Dilengkapi dengan chipset Snapdragon 680 di bawah paparan, peranti berkuasa besar itu mampu mengendalikan pelbagai permainan mudah alih terkenal yang ada seperti Genshin Impact, Mobile Legend Bang Bang, Player Unknown Battle Ground (PUBG).

Sejak kemas kini perisian terbaharu daripada Samsung, semua peranti peringkat permulaan mereka kini dioptimumkan dengan lebih baik untuk pengalaman pengguna yang lebih lancar.

Spesifikasi:

⦁ 6.6 FHD+

⦁ 83.0% nisbah skrin badan

⦁ Kadar refresh skrin 90Hz

⦁ Chipset Snapdragon 680

⦁ 50+5+2+2 Empat kamera utama

⦁ Kamera hadapan 8 MP

⦁ Cap jari sisi

⦁ Bateri 5000 mAh

⦁ Kelajuan pengecasan 25W

⦁ 8GB RAM + 128GB Storan

Harga: RM999

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain