KEWUJUDAN media sosial seperti TikTok menjadikan anak muda hari ini lebih kreatif dalam menghasilkan karya-karya video yang menarik. Selain video yang dihasilkan menggunakan telefon pintar, ramai yang turut 'melabur' wang ringgit untuk membeli dron demi kepuasan peribadi. Begitu juga dengan Mohammad Johan Arman, anak jati Terengganu yang meraih populariti menerusi video-video panorama indah negerinya, yang dihasilkan menggunakan dron. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Sebagai drone pilot yang sedang meningkat naik, Johan tidak lokek untuk berkongsi lima perkara asas sebelum mana-mana individu mendapatkan kelengkapan itu. 1. Bajet Menurut Johan, setiap individu mempunyai kemampuan kewangan yang berbeza. Malah, terdapat pelbagai jenis dron di pasaran yang boleh dipilih untuk mereka yang baru ingin mempelajari dalam bidang itu. Jika mahukan kepuasan maksima dan berkemampuan memiliki dron berkualiti seperti keluaran DJI, rasanya tidak salah sekiranya anda melabur sedikit wang. Kata Johan, harga barangan DJI yang sedikit mahal sebenarnya berpadanan dengan kualiti serta fungsi yang ditawarkan. Jadi, tepuk dada tanya selera! 2. Minat Selain bajet, anda juga dinasihatkan untuk membeli dron mengikut minat masing-masing, memandangkan dron mempunyai beberapa kategori tertentu. Johan merupakan salah seorang pemilik dron yang banyak berkongsi video kreatif menerusi media sosial. Selain dron sinematik, terdapat juga dron yang dikhususkan untuk perlumbaan (FPV). Selain itu, tujuan anda membeli dron juga harus dipertimbangkan. Ada yang membeli dron untuk menghasilkan video sebagai kepuasan peribadi, namun ada pula yang mahu menggunakannya sebagai kelengkapan kerja, menghasilkan video untuk client dan sebagainya. 3. Ilmu Kata Johan, setiap individu yang mahu menceburi dunia itu seharunya melengkapkan diri mereka dengan ilmu pengetahuan berkaitan. Semuanya di hujung jari. Anda sebenarnya boleh mengakses pelbagai video yang mengajar tentang dron serta berkongsi ilmu-ilmu berkaitan menerusi YouTube. ARTIKEL BERKAITAN: Bermula dron RM200, jejaka ini akui jatuh cinta sampaikan sanggup labur ribuan ringgit... lihat hasilnya, tak sangka edit guna telefon je Boleh juga ikuti akaun media sosial pilot drone terkenal seperti Jaxon Roberts dan Joshua Chua untuk mempelajari teknik yang digunakan serta mengolah semula idea-idea kreatif yang dihasilkan mereka. 4. Suntingan Selepas membuat rakaman video menggunakan dron, anda pastinya mahu membuat sedikit editing sebelum ia dikongsi menerusi media sosial. Jika tidak mahu menggunakan komputer, anda juga boleh membuat suntingan video di telefon pintar menggunakan aplikasi seperti VN dan CAPCUT. Selain hobi masa lapang, ada pemilik dron yang menjana pendapatan dengan mengambil job penghasilan video. Aplikasi ini bukan sahaja membolehkan anda untuk membuat suntingan asas, malah boleh digunakan untuk tujuan color grading juga. Menarik bukan? 5. Pulangan balik Sebagaimana point yang disebut di atas, dron yang dibeli sebenarnya boleh dianggap sebagai pelaburan. Jika hasil karya kita mampu menarik minat orang luar, berkemungkinan kita akan ditawarkan job penghasilkan video oleh pelbagai pihak. Siapa sangka, anda sebenarnya boleh mencari pendapatan sampingan dengan menggunakan dron. Paling penting, manfaatkannya dengan baik, maka pulangannya juga pasti baik. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI