PELEKAT cukai jalan atau road tax untuk kenderaan persendirian secara rasminya dimansuhkan bermula 10 Februari lalu. Berita gembira itu memberi kelegaan kepada pemilik kenderaan yang selama ini sering berdepan dengan masalah kualiti pelekatnya. Manakan tidak, setiap kali mahu menanggalkannya pasti kesan gam melekat pada cermin kereta. Kesan gam tertinggal akibat daripada pelekat cukai jalan. Namun jangan bimbang kerana terdapat beberapa bahan atau peralatan yang ada di rumah boleh digunakan untuk menyingkirkan gam ini, antaranya: 1. Natrium karbonat (soda ash dense) Natrium karbonat atau soda ash dense dapat digunakan untuk menghilangkan kesan gam daripada label atau stiker pada botol kaca mahupun plastik. Caranya: Campurkan setengah cawan air suam bersama sedikit soda ash dense dan sapukan pada permukaan cermin yang mengandungi kesan gam. Biarkan selama 30 minit sebelum dibersihkan menggunakan kain atau tisu. Serbuk natrium karbonat. 2. Pengering rambut Pengering rambut adalah salah satu pilihan terbaik kerana mampu memudahkan stiker lama tercabut. Caranya: Arahkan pengering rambut ke arah label yang ingin dicabut. Halakannya selama sekitar 30 saat supaya udara panas dapat mengecutkan pelekat tersebut. 3. Alkohol Anda boleh gunakan beberapa produk yang mempunyai bahan mengandungi alkohol seperti penghapus cat kuku. Caranya: Rendam kain atau paper towel ke dalam produk mengandungi bahan alkohol, lalu tekapkan pada keliling kesan pelekat. Biarkan selama sekitar 30 minit, lalu gosok pelekatnya. 4. Baking soda dan minyak kelapa Kombinasi baking soda dan minyak kelapa sangat efektif menyingkirkan stiker 'degil'. Minyak kelapa berfungsi membasahi dan mengendurkan kertas dan pelekat, manakala soda membantu menghilangkan kotoran. Mayonis boleh digunakan untuk tanggalkan gam. Caranya: Campurkan minyak kelapa dan baking soda secukupnya. Gosokkan span yang direndam bersama campuran itu pada pelekat yang ingin ditanggal. 5. Mayonis Lemak dan minyak yang terkandung dalam mayonis menjadikan bahan ini sangat berguna bagi menghapuskan pelekat. Caranya: Sapukan lapisan mayonis yang tebal pada permukaan pelekat dan biarkan selama 30 minit (atau lebih). Menggosok atau mengelap gam pelekat pada permukaan boleh dibuat menggunakan beberapa bahan di rumah. Bagi membersihkannya, gosok atau lap pelekat pada permukaan. Selain itu, terdapat juga pelbagai bahan lain seperti cuka putih, sabun cuci pinggan dan lain-lain boleh digunakan. Selamat mencuba! - KOMPAS.COM Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube