BAGI mereka yang memelihara kucing di rumah, perkara paling penting yang perlu disediakan adalah tempat untuk haiwan itu membuang air kecil dan besar. Malah, anak bulus juga perlulah diajar menggunakan ‘cat litter’ supaya tidak membuang di tempat yang tak sepatutnya. Namun urusan membersih dan membuang najis kucing pada setiap hari merupakan satu hal yang leceh. Nak sediakan bekas membuang najis yang moden dan berteknologi pula bukannya murah. Lelaki ini menunjukkan cara mudah membuat cat litter. Tapi anda jangan risau kerana kita boleh membuat cat litter sendiri di rumah bagi mememudahkan urusan membersihkan najis kucing. Kaedah yang dikongsikan pengguna TikTok @Kocheng ini praktikal bagi mereka yang mempunyai jumlah kucing yang banyak. Bahan yang diperlukan juga tidak susah kerana boleh diperolehi di kedai serbaneka berdekatan anda. Bahan diperlukan: 1. Tiga bakul raga plastik (mengikut kesesuaian) 2. Plastik sampah 3. Pasir kucing Cara-cara: 1. Lapik raga dengan plastik sampah besar. 2. Kemudian tindih dengan raga plastik kedua. Harus diingat bahawa jumlah raga yang digunakan bergantung kepada berapa banyak tapisan yang ingin dilakukan. 3. Kemudian masukkan pasir kucing pada tapisan paling atas. Siap! Najis lebih mudah diasingkan daripada pasir melalui kaedah ini. 4. Apabila kucing selesai membuang, apa yang perlu dilakukan cuma angkat sahaja raga plastik yang berfungsi sebagai penapis. Najis akan tertinggal dalam raga dan pasir akan jatuh ke bawah dalam plastik sampah. 5. Angkat plastik sampah dan tuang pasir dalam bekas untuk digunakan semula. Ulang langkah di atas selepas kucing melepaskan ‘hajat’. Jumlah harga barang yang dibeli hanya serendah RM10 menurut pelayar tersebut. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube