suria

Kawan nak pinjam duit tapi segan nak kata ‘tak boleh’? Ini 5 cara boleh dicuba, salah satu petik nama isteri

Pemberi hutang biasanya sukar untuk mengatakan tidak apabila orang lain ingin meminjam wangnya.

TIDAK dinafikan soal kewangan merupakan satu topik sensitif untuk dibicarakan terutama jika melibatkan gaji atau hutang.

Ada individu yang tak suka berhutang dan ada juga jenis pantang ada peluang mesti nak buat atau tambah hutang!

Selain dengan bank, hutang juga boleh dibuat dengan cara meminjam daripada orang lain sama ada kawan rapat atau sebaliknya.

Ada juga individu yang terputus hubungan sesama ahli keluarga atau kawan rapat disebabkan hutang.

Salah satu faktor timbulnya masalah ini disebabkan pemberi hutang sukar untuk mengatakan 'tidak'.

Menjadikan situasi bertambah teruk apabila golongan suka berhutang mengambil kesempatan atas kelemahan pemiutang.

Hanya berikan pinjaman semampu mungkin.

Sebenarnya, ada beberapa cara yang anda boleh lakukan untuk menolak secara halus permintaan individu nak berhutang.

Antara tip dikongsikan Azizul Azli Ahmad adalah seperti berikut:

1. Berlaku jujur

Berterus terang sahaja mengenai kewangan semasa anda.

Contoh beritahu mereka bahawa anda ada komitmen yang tinggi untuk bayar hutang rumah, bil dan perbelanjaan lain.

2. Guna nama pasangan

Kalau rasa susah nak menolak permintaan orang nak berhutang anda boleh juga guna nama pasangan (isteri atau suami)

Contoh memberitahu bahawa gaji dipegang dan dikawal isteri apatah lagi sejak muflis.

Berterus terang sahaja mengenai kewangan semasa anda.

3. Beri tempoh

Jelaskan bahawa ada perlu gunakan duit banyak pada bulan ini untuk meguruskan hal sekolah anak.

Namun, usah berjanji tetapi berikan tempoh akan datang yang anda mungkin dapat bantu.

4. Bertegas

Situasi ini juga boleh anda praktikkan kepada mereka yang suka berhutang tapi liat nak membayar.

Jika ada hutang masih belum dibayar, anda boleh bangkitkan perkara itu dan suruh mereka selesaikannya dahulu.

5. Tolak tapi cuba membantu

Bantu semampu mungkin.

Sekiranya dia minta pinjam RM1,000, anda boleh tawarkan sebanyak RM100 untuk ringankan beban mereka.

Jika nilainya kecil, apa salahnya untuk bantu terutamanya mereka yang rapat dengan anda.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain