suria

Penat mop lantai tapi tak berkilat? Guna 3 bahan ringkas ini untuk jubin bersih, bersinar macam cermin

Seorang wanita berkongsi cara mudah mencuci lantai menggunakan tiga bahan.

PASTI ramai dalam kalangan kita akan berasa kecewa apabila lantai sudah dimop bersungguh-sungguh tetapi tetap nampak tak bersih dan berkilat.

Kebiasaannya masalah ini terjadi pada lantai yang berjubin (tiles).

Hasil sebegiini membuatkan golongan suri rumah berasa tidak puas hati sehingga ada yang sanggup membeli pencuci lantai mahal demi mendapatkan lantai berkilat.

Roz mengemop lantai menggunakan air panas.

Tapi tahukah anda kita sebenarnya tidak perlu mengeluarkan wang tambahan untuk membeli produk pencuci yang mahal.

Pencuci yang mahal dan berjenama popular bukanlah satu jaminan untuk mendapatkan lantai bersih dan berkilat.

Roz_8492 membuat satu perkongsian di media sosial dengan menunjukkan cara yang dipraktikkan untuk mendapatkan lantai bersih dan berkilat, malah tak melekit.

Melalui video yang dimuat naik, terdapat tiga bahan dimasukkan ke dalam baldi berisi air panas.

1. Cecair pencuci lantai

2. Cuka

3. Soda bikarbonat

Tiga bahan dicampurkan dalam baldi air panas untuk mencuci lantai.

Cara-cara

1. Panaskan air dan tuang ke dalam baldi.

2. Masukkan cecair pencuci lantai bersama sedikit cuka (elak berbau masam) dan soda bikarbonat.

3. Basahkan mop dan perah, kemudian anda boleh terus mop lantai seperti biasa sehingga nampak bersih dan berkilat.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain