suria

Macam masuk oven! Selain tinted cermin, cuba cara ini elak bahang parkir kereta bawah panas terik

Haba di dalam kereta meningkat sekiranya parkir di kawasan terbuka. Gambar hiasan. Foto: Freepik

TIDAK sampai 30 minit memarkir kereta di kawasan terbuka, namun apabila kembali ke kenderaan, terasa seperti berada di dalam ketuhar!

Semestinya ramai dalam kalangan kita biasa melalui situasi sedemikian.

Bukan setakat berpeluh-peluh, malah stereng dan papan pemuka kereta (dashboard) pun panas sehingga terasa seperti melecur tangan apabila tersentuh.

Situasi ini berlaku kerana pancaran matahari yang masuk menerusi cermin kereta akan menyebabkan semua permukaan di bahagian dalam kenderaan akan meresap haba tersebut.

Ketiadaan aliran udara membuatkan suhu semakin tinggi malah boleh mencecah sehingga 50 darjah celsius.

Apa kata ikuti beberapa tip ini sekiranya anda memarkir kereta di kawasan terbuka, untuk mengelakkan anda bad mood dan 'berperang' dengan bahang sebelum memulakan perjalanan.

kereta 1

1. Guna pelindung matahari

Sebelum meninggalkan kereta, letakkan pelindung matahari pada cermin kereta. Ia bertujuan menghalang gelombang haba yang dipancarkan melalui matahari daripada menembusi cermin.

buka cermin

2. Turunkan sedikit tingkap kereta

Tindakan ini mampu mengurangkan haba di dalam kenderaan anda. Bukaan kecil membolehkan haba keluar dan membantu memudahkan aliran udara.

Tapi awas ya, pastikan anda hanya menurunkan sedikit tingkap untuk tujuan keselamatan.

ARTIKEL BERKAITAN: Gila aksesori kereta? 5 perkara ini boleh bahayakan nyawa anda ketika memandu

aircond

3. Guna mod kitaran udara luar

Sebelum keluar kereta, pastikan kereta ditinggalkan dalam mod kitaran udara luar. Mod ini berfungsi untuk membenarkan udara luar untuk keluar dan masuk ke dalam kereta sekaligus udara panas tidak akan terperap di dalam kenderaan.

tinted

4. Tinted cermin kereta

Ketika ini hampir kesemua pemilik kenderaan memasang tinted atau cermin gelap.

Penggunaan tinted ini membantu mengurangkan penembusan cahaya matahari, sekaligus mengurangkan suhu di dalam kereta.

Bagaimanapun perlu diingat anda perlu mengikut peraturan dan spesifikasi penggunaan tinted yang ditetapkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

car seat

5. Alas tempat duduk

Alas atau tutup tempat duduk dan stereng sebelum meninggalkan kereta anda di tempat terbuka.

Anda boleh menggunakan alas yang dibuat khas, baju atau tuala sebagai penutup untuk mengelakkan cahaya matahari daripada memancar terus ke bahagian dalam.

Selamat mencuba!

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain