suria

PPZ-MAIWP hargai media sebagai ejen dakwah dan perantara masyarakat, beri sumbangan wakalah berjumlah RM120,000

PPZ-MAIWP menerusi dana wakalah memberikan sumbangan kepada kakitangan dan badan kebajikan media.

MEDIA memainkan peranan penting kepada masyarakat, bukan sekadar menyebarkan maklumat malah secara tidak langsung menjadi ejen dakwah melalui hebahan perkara berkaitan keagamaan, antaranya ibadah zakat.

Bagi menghargai pihak media, Pusat Pungutan Zakat-Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) menerusi dana wakalah memberikan sumbangan kepada kakitangan dan badan kebajikan media yang banyak membantu menyebar luas dakwah zakat kepada masyarakat.

Menerusi sumbangan yang diserahkan pada Majlis Iftar PPZ-MAIWP Bersama Media di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur, Selasa, seramai 400 kakitangan media yang kurang berkemampuan menerima sumbangan sebanyak RM200 setiap seorang, manakala lapan badan agensi media menerima sumbangan sebanyak RM5,000 dengan jumlah keseluruhan bernilai RM120,000.

Antara agensi berkenaan adalah Star Media Group, Radio Televisyen Malaysia (RTM), Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), TV Alhijrah, Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim), Media Prima Berhad, Astro, Malaysia Gazette dan Awesome TV.

zakat 3

Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abdul Majid atau DJ Lin menerima sumbangan bagi pihak Star Media Group.

Majlis penyerahan disempurnakan oleh Pengerusi PPZ-MAIWP, Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman sambil disaksikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Abdul Hakim Amir Osman.

ARTIKEL BERKAITAN: Raih keberkatan, PPZ-MAIWP galak orang ramai tunai zakat... Kempen Ramadan Anugerah Terindah tawar lebih 1,000 hadiah menarik

Bagi pihak Star Media Group, sumbangan diterima oleh Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abdul Majid atau DJ Lin yang mana ia akan dimanfaatkan untuk surau dan kebajikan kakitangan yang memerlukan.

Sementara itu dalam ucapannya, Abdul Aziz menzahirkan penghargaan kepada pihak media kerana banyak menguar-uarkan berita mengenai kisah individu yang memerlukan perhatian dan bantuan pihak PPZ-MAIWP.

zakat 2

Pengerusi PPZ-MAIWP, Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman.

"Kami tidak mampu berdakwah sendiri tanpa pertolongan rakan-rakan media. Setiap tulisan dan hebahan yang dilakukan secara tidak langsung telah memberi impak kepada peningkatan kutipan zakat di Wilayah Persekutuan," ujarnya.

Tambahnya beliau lagi, situasi kemiskinan bandar di Wilayah Persekutuan juga dilihat meningkat impak daripada penularan wabak Covid-19 tiga tahun lalu.

Justeru, pihak media diseru untuk menguar-uarkan maklumat asnaf atau mereka yang layak mendapat bantuan zakat di Wilayah Persekutuan agar dapat disantuni oleh MAIWP sekali gus mengelakkan berlakunya keciciran.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain