suria

Siap ada rumah di tengah sawah, imbau nostalgia beraya di kampung sebenar! Jom terjah the Curve, habuan menarik menanti pengunjung

Rumah dikelilingi sawah padi menggamit nostalgia beraya di kampung halaman.

BAYANGKAN anda menikmati juadah raya di beranda rumah sambil menjamu mata dengan keindahan sawah padi yang terbentang luas.

Fuh, benar-benar terasa macam berada di kampung datuk dan nenek!

Bagai menggamit memori, anda kini boleh mengubati kerinduan untuk merasai suasana beraya di kampung halaman di pusat beli-belah terkemuka, the Curve.

Diinspirasikan daripada nostalgia rumah kampung yang terletak di tengah-tengah sawah padi yang tenang, the Curve tampil dengan dekorasi indah untuk menghidupkan semula kenangan berhari raya di kampung halaman.

Binaan rumah kampung tradisional di tengah sawah padi dalam bentuk tiga dimensi (3D) yang dilengkapi dengan beranda, ruang tamu dan perabot, menghiasi ruang tengah pusat beli belah ini, sekali gus menghidupkan suasana tipikal kampung di Malaysia.

Lebih membuatkan ia mengimbau nostalgia di kampung sebenar, hiasan 'orang-orang' dan pangkin yang biasa digunakan sebagai tempat berkumpul bagi penduduk kampung turut menjadi penyeri dekorasi.

curve 1

Dekorasi bertemakan Nostalgia Raya membuatkan pengunjung seperti berada di kampung sebenar.

Bertemakan Nostalgia Raya, dekorasi tidak sekadar bertumpu di kawasan tengah (Centre Court) sahaja, malah ia turut menghiasi ruang Fashion Court, Fashion Walk dan The Street.

Bukan sekadar itu, para pengunjung juga pastinya akan terpukau dengan keindahan lampu gantung hiasan yang memeriahkan lagi suasana hari raya.

"Sempena Hari Raya tahun ini, kami ingin mengetengahkan kepentingan mengamalkan nilai budaya serta tradisi yang pelbagai kepada rakyat Malaysia, yang sering dilupakan dalam gaya hidup masa kini yang serba pantas.

curve 3

Hiasan jerami padi menghidupkan lagi suasana di kampung.

"Kempen raya kami bertujuan untuk mengajak rakyat Malaysia meraikan lebaran dengan kegembiraan secara sederhana dan kekal berhubung dengan orang tersayang.

"Kepada pelanggan beragama Islam, kami berharap ia dapat membawa mereka mengimbas kembali memori selain merasai pengalaman balik kampung yang menjadi sebahagian tradisi setiap kali pulang berhari raya," ujar Pengurus Besar Kanan, Pengurusan Harta dan Pelaburan Boustead Properties Berhad, Jazmi Kamarudin.

Selain itu, pengunjung the Curve juga dihiburkan dengan tarian muzikal 'Joget Nostalgia Musical' pada setiap hujung minggu dan cuti umum, pada pukul 2 petang dan 5.15 petang.

curve 6

Pengunjung dihiburkan dengan persembahan tarian muzikal pada setiap hujung minggu.

Sambil mengimbau memori seperti beraya di kampung sebenar, pengunjung boleh menjamu mata di pelbagai booth yang menjual perhiasan rumah, kuih-muih serta biskut, busana raya dan aksesori serta pelbagai barangan lain di 'Bazaar Raya'.

Lebih menarik, pelbagai aktiviti boleh disertai golongan kanak-kanak dan ibu bapa seperti persembahan tarian, persembahan instrumen tradisional, bengkel dan sebagainya yang secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan.

Jangan lepaskan peluang untuk beramah mesra dengan legenda rock tanah air, Datuk Amy Search yang bakal menemui pengunjung dalam sesi 'meet and greet' pada 15 April, jam 6 petang di Centre Court (aras bawah).

curve 5

Sambil merasai suasana seperti di kampung, pengunjung boleh merakam gambar OOTD.

Selain daripada itu, sepanjang Ramadan bermula 25 Mac hingga 21 April, pengunjung khususnya yang beragama Islam boleh berbuka puasa atau bersantai di Iftar Piazza dari 3 petang hingga 10 malam.

Bagi meraikan lagi pengunjung yang berbelanja di the Curve, mereka akan menikmati pelbagai 'giveaway' Hadiah Nostalgia sepanjang kempen raya berlangsung.

Dengan perbelanjaan sekurang-kurangnya RM50, pengunjung boleh menebus satu baucar tunai KPlus Food Market.

curve 4

Antara baucar tunai yang ditawarkan kepada pengunjung The Curve.

Pengunjung yang berbelanja minimum RM200 pula akan menerima satu paket Nostalgia Raya, manakala perbelanjaan minimum RM450 akan diberikan paket Nostalgia Raya berserta dulang. Wow, macam-macam ada!

Ketahui lebih lanjut tentang kempen Hari Raya The Curve dengan menghubungi kaunter Concierge di 03-7710-6868.

Anda juga boleh melayari laman Facebook The Curve atau halaman Instagram @thecurve_official untuk maklumat lanjut.

Di samping merasai suasana beraya beraya di kampung halaman, anda boleh juga merakam gambar outfit of the day (OOTD) untuk dijadikan kenangan.

Jadi apa tunggu lagi? Jom terjah the Curve ramai-ramai!

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain