DUA beradik dilapor melecur teruk selepas terkena serbuk soda mengandungi asid yang digunakan jirannya untuk membaiki paip sinki rumah yang tersumbat, sekitar dua bulan lalu. Terbaharu, kes serupa menimpa seorang kanak-kanak berusia enam tahun yang cedera terkena rembesan asid ketika sedang mandi, ekoran sesalur air di atas tandasnya pecah. Ia berpunca daripada tindakan jiran di atas rumah mereka yang menuang cecair kimia mengandungi asid bertujuan memperbaiki saluran paipnya yang tersumbat. Bayangkan penderitaan yang terpaksa ditanggung oleh mangsa disebabkan tindakan 'kurang bijak' orang lain. Tidak dinafikan, berdepan dengan masalah saluran air atau sinki tersumbat bisa membuatkan seseorang panik, apatah lagi dibimbangi air yang bertakung akan melimpah ke bahagian lain dalam rumah kerana tidak dapat mengalir. Usah panik dan bimbang lagi. Ikuti tip yang mStar kongsikan ini agar anda lebih bersedia dan mampu menyelesaikan masalah dengan lebih bijak. 1. Tuang air panas Langkah paling 'basic' sekiranya terjadi masalah ini adalah dengan cuba menuang air panas mendidih pada saluran air di bilik air atau sinki yang tersumbat. Ulang beberapa kali sehingga air dapat mengalir keluar dengan mudah. Pelocok menghasilkan sedutan yang mencukupi untuk menggerakkan air ke atas dan ke bawah paip bagi melonggarkan penyumbatan. 2. Pelocok (plunger) Pelocok atau plunger adalah salah satu alatan yang sering digunakan bagi mengatasi masalah saluran tersumbat. Tekupkan mulut pelocok pada lubang saluran. Ini akan menghasilkan sedutan yang mencukupi untuk menggerakkan air ke atas dan ke bawah paip bagi melonggarkan penyumbatan. Walau bagaimanapun, jika benda yang tersumbat berada jauh di dalam saluran ataupun ia sesuatu yang sukar dilerai seperti rambut, penggunaan pelocok mungkin kurang berkesan. ARTIKEL BERKAITAN: Jiran atas guna asid cuci paip tersumbat, kanak-kanak terkena percikan dikejarkan ke hospital - “Dia kata siram air panas je” 3. Tweezer Jika penyebab saluran tersumbat adalah rambut yang mana anda boleh lihat semasa cuba mengintip ke dalam saluran, anda boleh cuba mengeluarkan rambut dengan tweezer. Pastikan anda memakai sarung tangan untuk tujuan kebersihan. Plumber snake mempunyai sistem menggerudi manual yang boleh dikawal untuk mencapai sampah yang tersumbat. 4. Cangkuk atau plumber snake Alatan ini berfungsi untuk menarik sampah yang tersumbat pada lubang saluran. Ia mempunyai sistem menggerudi manual yang boleh dikawal untuk mencapai sampah yang tersumbat sebelum menariknya keluar. Alatan ini boleh didapati di kedai hardware atau beli secara online. Bolehlah beli sebagai persediaan waktu kecemasan nanti! 5. Tuang campuran cuka dan baking soda Ini adalah salah satu lagi petua yang biasa dikongsikan. Caranya, campur 100 gram baking soda dengan secawan cuka, kemudian curah campuran ini pada lubang saluran air tersumbat. Biarkan sehingga melebihi sejam kemudian curah air panas ke dalam lubang saluran untuk bilas campuran itu. Selamat mencuba! - Wasteandrebel Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube