suria

Masak bermacam juadah raya, jangan sampai satu rumah berbau tumisan! Ibu-ibu boleh guna 5 petua ini

Amalkan petua disarankan bagi mengelakkan timbul bau masakan yang kurang menyenangkan di rumah anda. -Gambar hiasan

KIRA-kira seminggu dari sekarang, umat Islam akan meraikan Aidilfitri yang dijangka jatuh pada tanggal 22 April.

Setiap kali lebaran, dapur adalah antara kawasan yang 'paling sibuk' untuk mempersiapkan aneka juadah.

Kaum wanita semestinya tidak menang tangan kerana mereka bukan hanya perlu memastikan juadah di pagi raya lengkap tersedia, tetapi dalam masa yang sama menitikberatkan kebersihan dapur selepas digunakan berjam-jam lamanya.

Aspek kebersihan itu termasuklah dapur perlu bebas daripada pelbagai bau masakan yang boleh mengundang situasi kurang menyenangkan.

Bayangkan, bau tumisan atau gorengan 'semerbak' menusuk sehingga ke ruang tamu... boleh hilang mood jadinya!

ARTIKEL BERKAITAN: 5 cara ini buat cicak ‘benci’ rumah anda! Salah satunya buat sendiri semburan, cuma guna 3 bahan mudah dan murah

Berikut adalah beberapa petua yang boleh anda praktikkan untuk mengelakkan dapur atau ruang rumah anda berbau kepam:

1) Rebus lemon

lemon

Aroma lemon mampu meneutralkan bau kurang menyenangkan. Hanya potong separuh lemon, masukkan ke dalam periuk air yang mendidih, dan biarkan ia mendidih selama 10 minit. Atau jika anda mempunyai lebihan kulit lemon atau kulit limau daripada bahan masakan, anda boleh merebusnya juga!

2) Guna serbuk 'baking soda' atau cuka

baking soda

Biarkan semangkuk 'baking soda' atau cuka di atas kaunter semalaman. Anda juga boleh memasak dengan meletakkan salah satu bahan tersebut berdekatan periuk atau kuali semasa memasak untuk menyerap bau.

3) Guna penapis arang

penapis

Jika anda akan menggoreng, apa kata cuba gunakan penapis arang. Selain melindungi dapur dan dinding daripada percikan minyak, ia juga mampu menyerap bau semasa memasak.

4) Potpouri

Tanpa perlu melabur duit membeli penyegar udara atau lilin wangi, apa kata anda cuba membuat potpouri atau bunga rampai secara DIY. Mudah saja, hanya gunakan bahan yang ada di dapur seperti kulit sitrus, kulit epal, bunga cengkih, batang kayu manis dan daun rosemary. Hiris, kemudian masukkan semua bahan ke dalam periuk berisi air dan renehkan semasa serta selepas memasak.

pandan

Bukan sahaja wap yang terhasil akan menyerap bau yang tidak diingini, tetapi ia akan membantu melembapkan udara. Ataupun paling mudah, hiris daun pandan atau daun limau kasturi, serta biarkan di atas kaunter dapur.

5) Buka tingkap atau pintu dapur

Bagi dapur yang tidak mempunyai sistem ventilasi atau bolong, salah satu cara terbaik untuk menghilangkan bau adalah dengan membuka tingkap dan pintu dapur ketika memasak. Semoga bermanfaat! - Allrecipes.com

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain