AKHIRNYA, selepas tiga tahun tertangguh akibat pandemik Covid-19, Popular-The Star Readers' Choice Awards atau Anugerah Pilihan Pembaca Popular-The Star (RCA) kembali lagi. Diadakan bersempena dengan BookFest @Malaysia, anugerah yang dianjurkan secara bersama antara rangkaian kedai buku terkenal itu dengan The Star bertujuan untuk memberi sokongan kepada penulis-penulis tempatan dalam menghasilkan lebih banyak karya kreatif di Malaysia. Mula dianjurkan pada 2008, RCA juga bertujuan meningkatkan lagi industri sastera tempatan dengan mengiktiraf pengarang atas usaha dan sumbangan mereka. Memasuki usia 13 tahun penganjurannya, RCA turut menjadi salah satu platform dalam mempromosikan minat membaca dalam kalangan rakyat Malaysia. RCA dibahagikan kepada dua kategori iaitu kategori Fiksyen dan Bukan Fiksyen, di mana setiap kategori menampilkan 10 judul buku yang paling laris pada tahun lepas di semua kedai buku Popular dan Harris di negara ini. Penentuan pemenang dibuat berdasarkan undian yang dilakukan oleh para pembaca selaras dengan tema Popular iaitu "Read to Vote, Vote to Win". ARTIKEL BERKAITAN: Jom serbu! Promosi gila-gila POPULAR, rebat sehingga 80 peratus antara tawaran mengancam... nak menderma pun boleh Pembaca boleh mengundi untuk tiga buku terbaik bagi setiap kategori Fiksyen & Bukan Fiksyen kegemaran mereka. Undian boleh dilakukuan di laman web BookFest @ Malaysia https://www.bookfestmalaysia.com/ atau Facebook Popular Malaysia atau laman web Popular www.popular.com.my dari sekarang hingga 7 Mei 2023. Ganjaran menarik menanti 100 pengundi bertuah. Oh ya! Sebanyak 100 pengundi yang bertuah untuk setiap anugerah turut berpeluang untuk membawa pulang hadiah baucar Popular bernilai RM50 dan e-kad keahlian percuma Popular selama satu tahun. Selain itu, pembaca boleh mendapatkan semua 20 buku yang terpilih dengan rebat sebanyak 20 peratus di semua kedai buku Popular sepanjang tempoh promosi sehingga 9 Julai 2023. Penganugerahan RCA akan diadakan pada 3 Jun depan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) sempena BookFest @ Malaysia 2023 yang berlangsung dari 3 hingga 11 Jun. Berikut adalah judul buku dan penulisnya yang tercalon bagi setiap kategori. Calon-calon Kategori Fiksyen: 1) Norhafsah Hamid - Time to Heal 2) Karina Robles Bahrin - The Accidental Malay 3) Tan Sue Lynn - Daughter of the Moon Goddess 4) Rozlan Mohd Noor - Posthumous Child: Inspector Mislan and the Playground Murder 5) Hanna Alkaf - Queen of the Tiles 6) Murale Pillai - Once Upon a Time in Malaysia 7) Lauren Ho - Lucie Yi Is Not a Romantic 8) Chua Kok Yee - Not a Monster 9) Tan Jit Seng - Abandoned Gods 10) Rose Gan - Pearl: Penang Chronicles II Calon-calon Kategori Bukan Fiksyen: 1) Vivy Yusof - The First Decade: My Journey From Blogger To Entrepreneur 2) Sharifah Nadirah & Muhammad Anas - Healing the Heart: Leaving Darkness for Light 3) Lee Hoong Lian - The Tree Whisperer: The official biography of Tan Sri Dr Lee Shin Cheng, founder of IOI Group 4) Yeo Bee Yin - The Unfinished Business 5) Lim Teck Ghee & Murray Hunter - Dark Forces Changing Malaysia 6) Rafidah Aziz - Rapid-Fire Rafidah: Being Malaysian First 7) Anas Alam Faizli - Rich Malaysia, Poor Malaysians 8) Gary Lit Ying Loong - If The Sky Were to Fall: An Intergenerational Journey of Trials and Tribulations in Malaya During and After the Wars 9) Tan Sri Ariff Yusof - Parliament, Unexpected: Recollections of Parliament, Politics, and Pandemic in Malaysia 10) Nik Nazmi Nik Ahmad - Malaysian Son: A progressive's political journey in the heart of Southeast Asia Buku mana yang bakal merangkul anugerah RCA kali ini? Keputusan terletak di tangan pembaca dan sama-sama kita nantikannya! Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube