SEMESTINYA musim raya menyaksikan rumah anda tidak putus-putus menerima kunjungan tetamu. Sebagai tuan rumah, sudah pasti anda mahu melakukan yang terbaik agar tetamu berasa selesa ketika beraya. Oleh itu, bukan hanya aspek kebersihan yang perlu dititikberatkan, malah anda juga harus memastikan agar rumah sentiasa wangi dan terhindar daripada bau yang kurang menyenangkan. Bayangkan jika bau sampah daripada sisa makanan, karpet kepam akibat tertumpah air dan sebagainya menusuk hidung dan meloyakan tetamu, anda tentu malu bukan? ARTIKEL BERKAITAN: 5 cara ini buat cicak 'benci' rumah anda! Salah satunya buat sendiri semburan, cuma guna 3 bahan mudah dan murah Sebenarnya tak susah pun nak mewangikan rumah! Kali ini mStar berkongsi cara untuk anda mencipta aroma harum sekali gus mendapat 'feel' seolah-oleh berada di hotel. 1. Semburan pewangi DIY Tidak perlu susah-sudah beli semburan pewangi di kedai. Sebaliknya, anda hanya perlu sediakan dua bahan untuk mencipta semburan DIY yang aromanya benar-benar menyegarkan. Bahan-bahan: - 1 penutup pelembut fabrik - Secawan cuka Caranya, campurkan sahaja kedua-dua bahan ini dan masukkan dalam botol penyembur serbaguna. Semburkan pada sofa, langsir dan udara. Jangan terkejut, aroma wanginya begitu padu dan tahan lama. Paling penting, menjimatkan kos! Bilik air yang wangi dan bersih ibarat memberi suasana seperti di hotel. Gambar hiasan 2. Segarkan bilik air Bak kata orang, kalau nak tahu seseorang itu pembersih atau sebaliknya, cuba lihat tandas atau bilik airnya. Sudah pasti anda mahu menjaga reputasi di mata tetamu. Jangan bimbang, jom cuba petua ini untuk menyegarkan bilik air anda. Bahan-bahan: - 1 sudu teh soda bikarbonat - 1 sudu teh cuka - 1 cawan air Sama sahaja caranya seperti di atas. Campurkan kesemua bahan-bahan tersebut dan masukkan ke dalam botol penyembur serbaguna. Semburkan ke seluruh bilik air setiap hari. Tetamu anda pasti akan terpesona dengan wangian bilik air yang harum dan segar. Mudah bukan? Selamat mencuba! Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!