suria

Menyesal buang baju kesayangan! Rupanya ada cara nak hilangkan tahi lalat pada fabrik, mudah sangat!

Tahi lalat pada baju boleh ditanggalkan dengan menggunakan cecair DIY. Gambar hiasan

BAJU atau fabrik sering ditumbuhi tahi lalat kerana beberapa keadaan seperti lekat kesan peluh, lembap kerana tidak kering dengan sempurna atau kesan susu yang tertumpah.

Kadang-kadang terasa malu untuk memakainya semula, tetapi sayang pula jika terpaksa membuang pakaian tersebut.

Semestinya para ibu buntu kerana sudah banyak kali disental namun ia tetap tidak hilang.

Jangan buang pakaian kesayangan anda jika terdapat tahi lalat. Ini 5 petua mudah lagi berkesan untuk menghilangkan!

1. Cuka

Campurkan 1 cawan cuka putih ke dalam 1 baldi air dan rendam sekurang-kurangnya sejam. Kemudian, cuci bahagian bertahi lalat dengan sabun pencuci.

Gunakan air hangat semasa memberus dan membilas supaya tahi lalat lebih mudah ditanggalkan.

Jika ingin gunakan pada fabrik lain seperti langsir atau sofa, masukkan larutan cuka ke dalam botol penyembur dan semburkan pada tempat yang bermasalah.

2. Baking Soda

Campurkan sedikit air pada baking soda dan terus sapukan pes ini pada bahagian baju yang bertahi lalat.

Biarkan seketika kemudian berus dan bilas seperti biasa. Jika tahi lalat belum tanggal, anda boleh menambahkan sedikit cuka putih pada serbuk baking soda itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Petua viral menjadi! Beli sebotol sabun pencuci pinggan, boleh ‘beranak’ jadi 6 liter... DIY sendiri pun boleh

3. Jus lemon dan garam

Perah sebiji lemon dan campurkan jus lemon itu dengan sedikit garam sehingga ia menjadi larutan.

Sapukan pada bahagian yang bertahi lalat. Kemudian, berus dan bilas seperti biasa.

Anda juga boleh rendamkan pakaian dalam larutan lemon dan garam ini dalam air suam selama sejam. Selepas itu bilas seperti biasa.

4. Cecair peluntur

Cara ini hanya sesuai untuk pakaian berwarna putih saja kerana bimbang pakain berwarna akan luntur.

Larutkan sedikit peluntur bersama air. Gunakan berus untuk menanggalkan tahi lalat. Taburkan sedikit sabun pencuci serbuk.

Ulangi langkah ini beberapa kali jika masih belum tanggal. Selamat mencuba

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain