suria

Introvert nak beraya? Cuba lakukan 4 tip ini jika ke majlis rumah terbuka, pasti lancar!

Individu introvert cenderung melakukan aktiviti seorang diri dan resah ketika berada di majlis sosial. Gambar hiasan

SETELAH sekian lama tidak bersua muka kerana kesibukan bekerja, Hari Raya Aidilfitri adalah masa terbaik untuk bertemu bagi mengeratkan lagi hubungan silaturrahim sesama sanak saudara dan sahabat handai.

Bukan sahaja bertanya khabar, sudah pasti pelbagai topik yang akan dibualkan apabila masing-masing sudah bertemu.

Bagi mereka yang sememangnya peramah dan ‘ringan mulut’, momen pertemuan tersebut mungkin tidak cukup setakat satu atau dua jam untuk bersembang.

Tapi, mungkin situasi ini agak meresahkan dan kurang digemari oleh mereka yang tergolong sebagai individu introvert.

ARTIKEL BERKAITAN: Musim ‘duit raya’ kembali lagi! Rezeki anak, ibu bapa jangan terguna sesuka hati... Ini panduan urus wang demi masa depan si kecil

Perlu difahami, individu introvert bukan bermakna mereka pemalu, sombong atau tidak suka berkawan, tetapi mereka lebih selesa untuk melakukan aktiviti harian secara bersendirian.

Memiliki personaliti introvert juga bukanlah sejenis masalah mental. Jadi, adalah normal untuk anda memiliki ciri-ciri introvert.

Memandangkan ketika ini masih dalam bulan raya dan semestinya penuh dengan jemputan rumah terbuka, berikut adalah tip untuk individu introvert ‘survived’ dalam majlis sosial tanpa ada momen yang janggal, sebagaimana yang dikongsikan oleh laman Facebook Public Health Malaysia (PHM).

1) Kenalpasti siapa dalam kalangan saudara yang anda selesa untuk bersama

- Pasti dalam ramai-ramai sanak saudara, anda mudah berasa selesa dengan seseorang seperti sepupu, ibu saudara dan sebagainya.

Jadikan mereka sebagai teman sembang atau melakukan tugasan kerja rumah bersama-sama.

2) Menikmati juadah yang disediakan penuh tertib

- Jika tiada sesiapa atau seseorang yang anda selesa berada di majlis tersebut, usah risau atau mati kutu.

Pergilah berjalan ke meja hidangan, ambil juadah yang disediakan dan nikmatinya dengan tertib.

Sebelum pulang, ambil masa sebentar bertemu tuan rumah sebagai tanda hormat.

3) Cari haiwan peliharaan sebagai teman

- Beruntung jika anda seorang yang sukakan kucing dan tuan rumah pula memelihara kucing.

Jadikan kucing sebagai teman untuk menghilangkan situasi janggal.

Ataupun mungkin anda boleh bersembang mengenai si bulus dengan tuan rumah. Secara tak langsung, boleh bertukar-tukar pendapat.

4) Main dengan kanak-kanak

- Point ini juga sangat membantu anda untuk menghilangkan situasi janggal.

Melayani kanak-kanak sememangnya sangat menghiburkan apatah lagi si kecil yang banyak keletah

Moga panduan ini sedikit sebanyak dapat membantu anda.

Ingat, bermain telefon bersendirian di sudut bukan pilihan yang baik ya.

Nanti tak pasal-pasal anda dilabel kera sumbang. Moga bermanfaat!

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain