MASALAH paip tersumbat boleh menyebabkan kerja-kerja harian di dapur dan ruang lain kediaman kita tergendala seketika. Jika masalah sama terus berlarutan, pemilik rumah biasanya akan memanggil tukang paip untuk melancarkan semula saluran yang tersumbat. Bagi yang kurang berkemampuan atau mahu mencuba untuk menyelesaikan masalah itu secara D.I.Y (do it yourself), apa kata guna cara mudah ini yang memerlukan modal RM2.50 sahaja. Masak air bersama garam kasar dan cuka untuk melancarkan paip yang tersumbat. Foto: Freepik. Cara-cara: 1. Beli garam kasar dan cuka makan. 2. Tuangkan separuh garam kasar dan cuka makan di dalam air. 3. Masak air itu hingga mendidih. 4. Tuangkan sedikit garam lagi bersama cuka makan ke dalam paip yang tersumbat. Panggil tukang datang ke rumah sekiranya masalah paip tersumbat semakin serius. Foto: Freepik. 5.Tuangkan air yang telah mendidih ke dalam paip yang tersumbat. Anda boleh cuba sendiri teknik mudah serta murah ini dan lihat keberkesanannya. Namun, jika masalah itu semakin meruncing dan menyebabkan limpahan air melampau, sebaiknya hubungi tukang-tukang paip yang berkepakaran. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube