SAMA seperti manusia, kucing juga boleh jatuh sakit dan memerlukan rawatan. Bagi pemilik yang kurang berkemampuan untuk ke klinik verterinar, mereka boleh cuba kaedah alternatif untuk merawat kucing dengan ubat DIY (do it yourself) di rumah. Berikut merupakan senarai ubat alternatif untuk kucing yang dikongsi oleh pengguna Facebook dikenali sebagai Fidah Razman: 1. Kunyit - untuk merawat luka kucing yang tidak terlalu dalam. Kunyit ialah antiseptik semula jadi. Campur sedikit kunyit serbuk dengan sedikit minyak masak kemudian sapukan pada luka kucing. 2. Cuka epal - Bahan ini dikatakan boleh menghilangkan masalah kurap dan kutu. Satu penutup botol cuka epal dicampur dengan 10 penutup botol air. Boleh dimasukkan ke dalam botol spray. Bawang putih dikatakan boleh merawat masalah kutu. 3. Minyak bekas goreng ikan atau minyak masak. Minyak ini juga boleh digunakan untuk masalah kurap serta untuk mengurut kaki kucing yang patah. 4. Minyak zaitun - Selain cuka epal, minyak zaitun juga boleh digunakan untuk merawat masalah kurap atau fungus. 5. Minyak kayu putih - Minyak ini boleh merawat kutu pada badan kucing. Caranya, sapu pada belakang badan kucing, sebaiknya sapu pada tempat yang tak boleh dijilat. 6. Belerang dan garam - Dua bahan ini boleh digunakan untuk masalah kutu pada badan kucing. Caranya, mandikan dan bilas. Ketika mandi, biarkan selama lima minit, kemudian bilas. Kutu akan kehausan dan mati. 7. Bawang putih - Bawang putih juga dikatakan boleh merawat masalah kutu. Tumbuk lumat bawang putih dan sapu pada badan kucing. Namun jumlahnya jangan terlalu banyak kerana risau kucing akan berasa pedih dan panas. Kehadiran kucing boleh memeriahkan suasana di kediaman anda. 8.Cuka epal campur air - Dua campuran ini boleh diberikan untuk kucing yang mengalami masalah tidak boleh kencing, kencing tak lawas, kencing berdarah atau batu karang. 9. Telur mentah (kuning sahaja) - Telur kuning mentah dikatakan mujarab untuk merawat kucing yang mengalami keracunan. Ia juga boleh menggemukkan dan mencantikkan bulu kucing. 10. Daun tembaga suasa - Daun ini boleh digunakan untuk kucing yang patah atau seliuh. Ambil daun ini, sangaikan seketika sehingga layu dan sapukan sedikit minyak gamat. Balut di kawasan seliuh dan biarkan semalaman. Sebagai pesanan, jika anda berkempapuan daripada segi kewangan, sebaiknya bawalah kucing anda mendapatkan rawatan dengan doktor yang berkepakaran. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube