suria

Pameran StarProperty Bumiputera temui anda bermula Jumaat!

PAMERAN Hartanah StarProperty Edisi Bumiputera merupakan salah satu daripada pameran hartanah terkenal di Malaysia kini diadakan di IOI Grand Exhibition and Convention Centre bermula Jumaat.

Acara yang dinanti-nantikan itu dijangka akan menarik perhatian ramai pengunjung, yang tidak sabar untuk mengambil peluang tawaran daripada pemaju terkemuka bermula 12 hingga 14 Mei.

Para pemaju termasuk Matrix Concepts Holdings Bhd, IJM Land, Putrajaya Holdings Sdn Bhd, Gamuda Land dan Sunsuria Bhd selain pembeli rumah juga boleh mendapatkan maklumat pinjaman daripada syarikat yang mengambil bahagian seperti Bank Rakyat dan BSN.

Pameran ini juga akan menampilkan pelbagai jenis hartanah kediaman dan komersial, termasuk kondominium beraras tinggi serta kediaman harta tanah yang lain.

Pameran ini, terletak di aras tiga di dewan dua, yang mana juga mengetengahkan trend dan inovasi terkini dalam industri hartanah, memberikan sebuah pandangan yang menarik buat para pengunjung tentang pasaran dan peluang pelaburan.

Selain daripada pameran hartanah, pameran Hartanah StarProperty Bumiputera kali ini juga menawarkan pelbagai jenis aktiviti dan acara menarik.

Ceramah hartanah yang akan dikendalikan oleh pakar industri juga bakal memberikan informasi dan nasihat yang terbaik kepada para pengunjung tentang pelaburan dan pengurusan hartanah.

Para pengunjung juga berpeluang menyertai aktiviti Visit & Win dan Buy & Win dan berpeluang untuk memenangi hadiah yang menarik.

Kanak-kanak yang hadir juga dapat mengambil bahagian dalam pertandingan mewarna mengikut kategori umur masing-masing dan berpeluang memenangi hadiah bernilai RM3,000.

Belon percuma dan aktiviti congkak juga turut diadakan.

Pameran ini juga turut menampilkan Suria Wheelers pada Sabtu kira-kira pukul 4 petang hingga 4.30 petang dan Ahad pada pukul 2 petang hingga 2.30 petang.

Para pengunjung juga berpeluang bertemu dengan penyampai terkenal, Sharifah Shahira, atau lebih dikenali sebagai Rara.

Pameran ini semestinya merupakan salah satu acara yang wajib dikunjungi lebih-lebih lagi bagi mereka yang ingin membeli dan melabur dalam hartanah di Malaysia.

Pembeli rumah juga berpeluang untuk memanfaatkan diskaun dan insentif Bumiputera.

Selain itu, para pengunjung yang hadir juga berpeluang mendapat pengecualian duti setem sebanyak 75 peratus hingga 100 peratus.

Kemudahan itu di bawah inisiatif pemilikan rumah Keluarga Malaysia atau i-Miliki, insentif di bawah Program Pemilikan Rumah (HOPE) Kementerian Kemajuan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Bagi rumah pertama bernilai RM500,000 dan ke bawah, pengecualian duti setem adalah sebanyak 100 peratus manakala hartanah bernilai lebih dari RM 500,001 hingga RM1 juta, pembeli rumah pertama berpeluang menikmati pengecualian duti setem sebanyak 75 peratus.

Pengecualian perjanjian jual beli yang bermula pada 1 Jun 2022 juga akan berakhir pada 31 Disember 2023.

Pembeli rumah yang menghadapi cabaran dengan pemilihan pembiayaan juga boleh mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Inisiatif Pembiayaan Perumahan Malaysia (i-Biaya) daripada KPKT di pameran tersebut.

Sesungguhnya, pameran hartanah Starproperty Edisi Bumiputera mempunyai sejarah kejayaan yang panjang, dengan majlis sebelum ini menarik orang dan menjana minat yang ketara daripada pelabur dan pemaju.

Dengan begitu banyak aktiviti menarik yang boleh dilakukan selain kemasukan adalah percuma semestinya peluang berkunjung ke pameran hartanah StarProperty Edisi Bumiputera ini adalah perkara yang tidak boleh dilepaskan bagi sesiapa yang ingin melabur dalam pasaran hartanah Malaysia.

Jadual ceramah hartanah

13 Mei (Sabtu)

jadual1

14 Mei (Ahad)

jaduak2

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain